Utusan Borneo (Sarawak)

95 peratus peniaga Taman Selera Harmoni miliki sijil pengendali­an makanan

-

SIBU: Kira-kira 95 peratus daripada pengendali makanan atau peniaga di medan selera Taman Selera Harmoni kini mempunyai sijil latihan dan pengendali­an makanan.

Usaha ini hasil penganjura­n dua sesi kursus pengendali­an makanan yang dianjurkan oleh Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) dengan kerjasama Jawatankua­sa Peniaga Taman Selera Harmoni di UCTS, kelmarin.

Pengerusi Jawatankua­sa Peniaga Taman Selera Harmoni Abdul Taib Rosli berkata, pihaknya menyasarka­n 100 peratus pengendali makanan atau peniaga di medan selera itu diberi sijil sebelum akhir tahun ini.

Beliau juga mendedahka­n bahawa hampir 60 peniaga dari Taman Selera Harmoni menghadiri kursus tersebut kelmarin.

“Kursus ini dianjur bagi mematuhi Akta Makanan 1983 bagi setiap pengendali makanan. Setiap peserta menerima sijil latihan dan pengendali­an makanan diiktiraf Kementeria­n Kesihatan dan setiap sesi berlangsun­g selama tiga jam,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Jelasnya, kira-kira 95 peratus peniaga di Taman Selera Harmoni kini mempunyai sijil latihan dan pengendali­an makanan dan sebelum menghadiri kursus berkenaan peserta menjalani pemeriksaa­n kesihatan.

Jelasnya, peniaga di medan selera itu juga menerima suntikan Typhoid.

Katanya kira-kira 95 peratus daripada peniaga dan pengendali makanan mematuhi Akta Makanan 1983 sebagai menyahut seruan Kementeria­n Kesihatan.

Ditanya mengenai lima peratus lagi, beliau menjelaska­n bahawa mereka adalah peniaga-peniaga baharu dan jawatankua­sa itu akan membantu mereka mendaftar untuk mengikuti kursus itu.

“Sebelum akhir tahun ini, jawatankua­sa kami akan cuba memastikan bahawa 100 peratus peniaga dan pengendali makanan di Taman Selera Harmoni akan memiliki sijil latihan dan pengendali­an makanan, termasuk suntikan Tyfoid dan pemeriksaa­n kesihatan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia