Utusan Borneo (Sarawak)

Penyertaan pertanding­an memancing dibuka sehingga 23 Nov

-

SIBU: Penyertaan Pertanding­an Memancing Ikan Sungai Shimano Sibu 2017 masih terbuka kepada kaki pancing sehingga 23 November depan.

Pertanding­an anjuran Kelab Pemancing Sibu ditaja oleh Shimano (S) Pte Ltd dan disokong oleh OFT Pancing Sdn Bhd.

Pengerusi Kelab Pemanc- ing Sibu Ting Hua Sing berkata, pertanding­an diadakan di Lorong 11, Jalan Ding Lik Kwong pada 26 November.

“Pertanding­an adalah dibuka kepada semua kaki pancing mengguna alat memancing Shimano sahaja,” jelasnya.

Ting berkata pertanding­an bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari dan peserta diminta melaporkan diri pada jam 7.30 pagi.

“Yuran penyertaan RM30 seorang dikenakan kepada ahli kelab dan RM50 seorang bagi bukan ahli kelab.

“Manakala mereka berminat mengambil bahagian se- lepas tarikh tutup penyertaan perlu membayar yuran RM80 seorang,” ujarnya.

Menurut Ting, yuran penyertaan boleh didapati di Suria Trading Company di Jalan Pedada dengan menghubung­i talian 084-324982.

“Orang ramai juga boleh menghubung­i pengerusi pengelola pertanding­an Kong Nyuk Leong di talian 0168788836,” jelasnya.

Ting memberitah­u, hadiah lumayan wang tunai RM3,000, hadiah alatan memancing Shimano dan piala menanti juara pertanding­an.

“Naib johan akan mem- bawa pulang hadiah wang tunai RM800, hadiah alat memancing Shimano dan piala.

“Manakala pemenang tempat ketiga akan mendapat hadiah wang tunai RM300, hadiah alat memancing Shimano dan piala,” ujarnya.

Pemenang tempat keempat hingga kesepuluh masing-masing akan membawa pulang hadiah wang tunai RM100 setiap seorang.

“Penganjur turut menyediaka­n 10 hadiah cabutan bertuah dan 150 peserta akan berpeluang mendapat hadiah topi Shimano secara percuma,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia