Utusan Borneo (Sarawak)

Larian ‘Braveheart Extraordin­aire tarik lebih 2,000 peserta, kutip RM100,000

-

KUCHING: Larian amal ‘Braveheart Extraordin­aire 2017’ bagi edisi kedua semalam berjaya menarik lebih daripada 2,000 peserta dengan kutipan dana sebanyak RM100,000.

Anjuran DEWANITA Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak ( DUBS), dana yang berjaya dikumpul disalurkan kepada Pertubuhan Ibu Bapa Kanak-Kanak Keperluan Istimewa Sarawak (PIBAKAT).

Ketua DEWANITA DUBS Juita Drap dalam ucapan penghargaa­nnya, berterima kasih kepada semua peserta yang telah menjayakan larian berkenaan.

Beliau turut berharap dana yang berjaya dikumpul daripada larian itu dapat membantu PIBAKAT menjalanka­n aktiviti amal untuk insan yang memerlukan.

Bagi penganjura­n edisi kedua tahun ini, DEWANITA DUBS bekerjasam­a dengan GRIT Event Management untuk menjayakan program yang berlangsun­g di pekarangan Pustaka Negeri di sini semalam.

Program ini bermula dengan pelepasan peserta larian bagi kategori 15 kilometer (km) seawal jam 5.30 pagi diikuti pelepasan peserta bagi kategori 10km oleh Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah turut hadir bagi pelepasan peserta kategori 5km sebelum menyertai peserta bagi kategori 1.5km.

Peserta bagi kategori 1.5km telah dilepaskan oleh isteri Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas iaitu Datin Amar Doreen Mayang mewakili presiden SABATI.

Selain larian, program itu turut dimeriahka­n lagi dengan aktiviti sampingan seperti zumba serta pam- eran dan jualan pelbagai jenis produk dan barangan oleh ahli DEWANITA DUBS.

Turut hadir memberi sokongan kepada program itu ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman.

 ??  ?? BERSEDIA: Karim dan Dr Sim bersedia untuk melepaskan peserta larian ‘Braveheart Extraordin­aire’ bagi kategori 5km.
BERSEDIA: Karim dan Dr Sim bersedia untuk melepaskan peserta larian ‘Braveheart Extraordin­aire’ bagi kategori 5km.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia