Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan musnah masa depan dengan dadah

-

MUKAH: Penglibata­n belia dalam penyalahgu­naan dadah seperti syabu dalam usia seawal 13 tahun amat memeranjat­kan.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi menasihati belia mengisi masa terluang dengan perkara lebih berfaedah.

“Tidak perlu memusnahka­n masa depan diri dengan begitu awal, jangan anggap ini sebagai perkara remeh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Smart Youth Camp di Pusat Kegiatan Belia Mukah di sini semalam.

Menurutnya, lebih baik belia menjauhkan diri mereka daripada najis dadah dan jangan sekali-kali berjinak-jinak dengannya.

Sementara itu, beliau turut menasihati para belia bertindak bijak jika mendapat maklumat mengenai penyalahgu­naan dadah.

“Sila laporkan aktiviti atau jika terhidu ada aktiviti tidak sihat kepada agensi berkaitan,” jelasnya.

Mengambil tindakan secara melulu dan secara bersendiri­an katanya mungkin hanya mendatangk­an kemudarata­n kepada diri sendiri.

Ini termasuk melapor kepada Agensi Antidadah Ke- bangsaan ( AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan.

Beliau pada masa sama turut bersetuju bahawa dadah akan membawa kepada masyarakat yang lemah dan tidak berdaya saing jika merebak dan berleluasa.

“Sebab itulah dadah pada 2016 diisytihar­kan sebagai musuh nombor satu negara,” tambahnya.

Turut hadir Ketua Pegawai AADK Mukah Felynora Joseph Na, Pegawai Belia dan Sukan Mukah Mahadir Darahi dan Pengerusi Belia Parlimen Mukah Rosyton Valentine yang juga pengerusi Skuad AADK Mukah.

 ??  ?? BENCI DADAH: Yakub (berdiri, empat, kiri) ketika menyerahka­n hadiah kepada kumpulan yang muncul juara keseluruha­n permainan sepanjang program sambil disaksikan yang lain.
BENCI DADAH: Yakub (berdiri, empat, kiri) ketika menyerahka­n hadiah kepada kumpulan yang muncul juara keseluruha­n permainan sepanjang program sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia