Utusan Borneo (Sarawak)

Bekalan makanan untuk mangsa banjir adalah mencukupi

Fatimah beri jaminan bekalan makanan lebih baik daripada situasi sebelum ini

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Rakyat di negeri ini tidak perlu khuatir akan kemungkina­n musibah berlakunya banjir kerana bekalan makanan adalah mencukupi.

Demikian kata Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komunti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah ketika menjawab pertanyaan media tentang persediaan banjir di Sarawak bagi kementeria­nnya.

Fatimah memberi jaminan bahawa jumlah bantuan dari segi bekalan makanan untuk mangsa banjir adalah lebih baik daripada sebelum ini.

“Persiapan kita dari segi pengagihan bantuan bekalan makanan adalah mencukupi sama ada di pusat pemindahan banjir atau mangsa yang tidak berpindah tapi terputus hubungan dan air di kawasan rumah tidak surut selama tiga hari.

“Bagi kes ini, bekalan makanan akan dihantar terus kepada mangsa banjir. Maknanya, apabila maklumat (mengenai banjir) diterima, kita akan segera memberi bantuan makanan kepada

Persiapan kita dari segi pengagihan bantuan bekalan makanan adalah mencukupi sama ada di pusat pemindahan banjir atau mangsa yang tidak berpindah tapi terputus hubungan dan air di kawasan rumah tidak surut selama tiga hari. Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komunti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

mereka,” jelasnya.

Oleh itu, Fatimah berkata orang ramai tidak perlu risau kerana persediaan bagi menghadapi kemungkina­n banjir telah dirancang rapi agar mangsa banjir dapat dibantu dengan sepenuhnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri program Hari Taska 2017 yang disertai 13 taska swasta berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi kawasan Kuching di Yayasan Sarawak di sini, semalam.

Mengenai program anjuran Persatuan Pengasuh KanakKanak Berdafar Sarawak itu, Fatimah menyifatka­n ia sebagai program yang memberi pengiktira­fan terhadap perkhidmat­an pengasuhan kanak-kanak yang berkualiti.

“Untuk itu, saya harap lebih banyak usaha perlu diterapkan bagi mewujudkan aktiviti serta persekitar­an yang kondusif agar dapat membantu perkembang­an kanak- kanak terutama di bawah usia empat tahun di taska,” katanya.

Pada majlis itu, Fatimah turut memberi sumbangan geran sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Pengasuh Kanak- Kanak Berdaftar Sarawak yang diwakili Presidenny­a Ng Lee Boon.

 ??  ?? CERIA: Fatimah dan Ng bergambar kenangan bersama sebahagian kanak-kanak yang menyertai program Hari Taska 2017 di Yayasan Sarawak, Kuching.
CERIA: Fatimah dan Ng bergambar kenangan bersama sebahagian kanak-kanak yang menyertai program Hari Taska 2017 di Yayasan Sarawak, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia