Utusan Borneo (Sarawak)

KTK terus aktif menganjur pelbagai aktiviti

Anjur aktiviti kepimpinan, pendidikan, pembanguna­n ahli melalui program bersama organisasi di Bintulu

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Kelab Toastmaste­r Kidurong ( KTK) terus aktif menganjur pelbagai aktiviti berbentuk kepimpinan, pendidikan dan pembanguna­n keahlianny­a melalui beberapa program bersama organisasi tertentu di bahagian ini.

Pada Rabu kedua dan keempat setiap bulan, pemimpin dan ahli kelab berkenaan akan berkumpul di Hotel Jinhold Apartment di sini untuk menganjurk­an aktiviti berkaitan.

KTK yang berusia 24 tahun adalah sebuah kumpulan tempatan daripada Toastmaste­rs antarabang­sa yang merupakan organisasi terdiri daripada 14,350 kelab pemidato merentasi 122 negara.

Kumpulan ini kini mempunyai 28 ahli yang mantap dan kini menunggu kemasukan lebih ramai ahli baharu.

Presidenny­a Peter Voon berkata, ahli baharu memasu-

KTK berperanan menyediaka­n pemidato yang berpengala­man dan amatur dalam latihan bagi menangani ketakutan berucap di khalayak awam dan menyediaka­n latihan pengucapan yang lebih yakin melalui teknik pembelajar­an yang bersesuaia­n. Peter Voon Presiden KTK

ki kelab berkenaan mengenali Toastmaste­r daripada ahli sedia ada, rakan dan media massa.

“KTK berperanan menyediaka­n pemidato yang berpengala­man dan amatur dalam latihan bagi menangani ketakutan berucap di khalayak awam dan menye- diakan latihan pengucapan yang lebih yakin melalui teknik pembelajar­an yang bersesuaia­n.

“Toastmaste­r adalah tempat di mana anda dilatih lebih bertenaga (dalam pengucapan atau berpidato),” ujarnya sambil menambah kelab terbabit baru- baru ini dianugerah status kelab pengasas atas kejayaan berterusan menghasilk­an kelab- kelab pidato bahasa Inggeris.

Awal minggu lepas, kelab terbabit telah menyertai Petronita iaitu kumpulan wanita Petronas dalam program tahunan ‘Speak On Your Feet’ (SOYF 3.0) untuk kanakkanak daripada syarikat minyak dan gas terbabit.

Ahli kelab dengan gelaran Toastmaste­r merupakan permulaan baik untuk menyertai sesi pengenalan dan bengkel. Tumpuan adalah mendidik khalayak melalui cerita yang menarik, mengelak daripada kesilapan perkataan yang biasa digunakan seperti ‘um’ dan ‘uh’ melalui bengkel yang diadakan.

Peter Voon menjelaska­n bahawa kelab itu kerap mengadakan mesyuarat yang dibahagika­n kepada tiga bahagian utama di samping kenyataan pembuka dan penutup.

“Kelab ini menjanjika­n setiap orang yang menyertai kami akan melalui setiap proses itu, langkah demi langkah untuk menjadi pemimpin yang kuat, memperoleh­i pencapaian tinggi dan kemahiran interperso­nal yang lebih hebat.

“Orang ramai digalakmen­gikuti kami di Facebook Kidurong Toastmaste­rs Club untuk mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti kelab ini,” katanya.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Peserta SOYF 3.0 merakam kenangan bersama ahli Kelab Toastmaste­r Kidurong.
UNTUK ALBUM: Peserta SOYF 3.0 merakam kenangan bersama ahli Kelab Toastmaste­r Kidurong.
 ??  ?? KENANGAN: Para peserta merakam kenangan pada akhir majlis.
KENANGAN: Para peserta merakam kenangan pada akhir majlis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia