Utusan Borneo (Sarawak)

98 murid SK Matang Jaya sertai program Khatam Al-Quran

-

KUCHING: Seramai 98 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Matang Jaya menyertai program Khatam Al-Quran di Masjid Al-Abyad di Taman Matang Jaya di sini, barubaru ini.

Guru penyelaras majlis, Ustazah Hajijah Minan semasa ditanya menyatakan bahawa majlis itu merupakan acara tahunan SK Matang Jaya bagi meraikan murid tahun enam yang tamat mengaji al-Quran.

Pada tahun ini katanya, beliau rasa amat gembira kerana pihak pengurusan Masjid Al-Abyad sudi menyumbang dana untuk penganjura­n majlis.

Murid yang terlibat berkumpul di hadapan pintu masjid untuk diarak dengan iringan paluan kompang dan bunga manggar dan diiringi juga dengan zikir selawat oleh murid yang terlibat.

Seorang murid yang sempat ditemu bual, iaitu Abang Muhamad Fauzan Abang Kamarudin berkata dia berasa gembiranya kerana berjaya menghabisk­an 30 juzuk bacaan al- Quran sebelum melangkah kaki ke tingkatan satu pada 2018.

Dia juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru agama yang telah membimbing mereka membaca al- Quran di sekolah dan membantu dalam penganjura­n Majlis Khatam Al-Quraan 2017.

Majlis perasmian disempurna­kan oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG) SK Matang Jaya Zaiden Bujang yang melahirkan rasa syukur atas kejayaan penganjura­n salah satu aktiviti akhir tahun sekolah itu, dengan usaha Unit Agama SK Matang Jaya dan bantuan pihak pengurusan Masjid Al- Abyad Taman Matang Jaya.

Beliau juga berharap anakanak yang telah tamat membaca al- Quran akan terus membaca dan mendalami ilmu al-Quran kerana orang yang selalu membaca al- Quran Allah janjikan akan mendapat bantuan dan hidayah daripada Allah.

Hadir sama, wakil Pejabat Pendidikan Daerah Padawan Abang Arif Abang Marzuki, ketua-ketua kaum dan komuniti Taman Matang Jaya.

 ??  ?? TANGGUNGJA­WAB SOSIAL: Ahli RELA yang terlibat menderma darah pada Program Khidmat Bakti RELA merakam gambar bersama.
TANGGUNGJA­WAB SOSIAL: Ahli RELA yang terlibat menderma darah pada Program Khidmat Bakti RELA merakam gambar bersama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia