Utusan Borneo (Sarawak)

Bajet 2018: Veteran mahu k’jaan pertimbang pencen

Majoriti veteran tentera dan polis memerlukan bantuan

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Patriot Kebangsaan (PPK) berharap kerajaan akan menimbang semula pemberian pencen untuk veteran yang pernah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia dalam Bajet 2018.

Presidenny­a Brig Jen (B) Datuk Mohd Arshad Raji berkata walau apa juga pangkat terakhir mereka, veteran terbabit wajar diberi pencen apabila bersara daripada perkhidmat­an.

“Ambil kira tempoh perkhidmat­an mereka. Ini kerana majoriti veteran, leb- ih-lebih lagi dalam kelompok lain-lain pangkat, memerlukan bantuan,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Mohd Arshad berkata, kadar pencen pesara yang telah lama bersara juga perlu setara dengan pesara baharu.

“Ini disebabkan perbezaan skala gaji sejak dahulu hingga sekarang,” katanya. Selain itu beliau juga berharap kerajaan dapat menyediaka­n pas khas tahunan RM10 untuk semua pengangkut­an awam darat serta rel bagi mengurangk­an beban golongan ini berikutan peningkata­n kos pengangkut­an.

Beliau berkata PPK turut mencadangk­an agar kerajaan menyediaka­n setem makanan RM100 sebulan untuk veteran miskin tegar dan diskaun berasaskan pendapatan isi rumah untuk bil air dan elektrik mereka.

Katanya PPK juga berpandang­an setiap syarikat berkaitan kerajaan perlu memperuntu­kkan sekurangku­rangnya 10 peratus tenaga kerja mereka untuk bekas tentera dan polis yang berusia bawah 60 tahun. — Bernama

Ambil kira tempoh perkhidmat­an mereka. Ini kerana majoriti veteran, lebih-lebih lagi dalam kelompok lain-lain pangkat, memerlukan bantuan. Brig Jen (B) Datuk Mohd Arshad Raji Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan

 ?? — Gambar Bernama ?? TANDA SOKONGAN: Najib hadir ke majlis Pelepasan Misi Kemanusiaa­n Untuk Rohingya: Negaraku Prihatin di Lapangan Terbang Antarabang­sa Sepang (KLIA), Sepang semalam. Turut sama Badlisham (dua kanan) dan Rudy (kiri).
— Gambar Bernama TANDA SOKONGAN: Najib hadir ke majlis Pelepasan Misi Kemanusiaa­n Untuk Rohingya: Negaraku Prihatin di Lapangan Terbang Antarabang­sa Sepang (KLIA), Sepang semalam. Turut sama Badlisham (dua kanan) dan Rudy (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia