Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan cadang lahir lebih ramai penternak ikan dalam sangkar

-

TUMPAT: Kerajaan persekutua­n bercadang melahirkan lebih ramai penternak ikan dalam sangkar bagi menampung permintaan bekalan yang tidak menentu terutama ketika berlaku perubahan monsun.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Ab Rahman berkata ketika ini, 80 peratus daripada bekalan ikan merupakan sumbangan daripada nelayan terutamany­a yang menangkap ikan di laut dalam.

“Selain itu, ternakan ikan dalam sangkar juga mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan terutama kepada golongan muda sekali gus boleh mengelak mereka daripada berhijrah ke kawasan bandar,” katanya.

Beliau dtemui pemberita selepas merasmikan Majlis Ramah Mesra Bersama Nelayan Tumpat dan Penyampaia­n Elaun Sara Hidup Nelayan di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Geting di sini, semalam.

Pada majlis itu, Tajuddin turut menyampaik­an bantuan hampir RM1.7 juta merangkumi Elaun Sara Hidup Nelayan sebanyak RM1.4 juta kepada 419 nelayan, Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan sebanyak RM73,000 ( 23 penerima), Bantuan ‘Touch Point’ Akuakultur berjumlah RM92,850 (lima penerima), Geran Pemadanan Industri Asas Tani ( IAT) sebanyak RM78,000 (enam penerima) dan Bantuan Pelajaran Yayasan Nelayan Malaysia (YANEM) sebanyak RM23,520 (784 penerima).

Mengulas lanjut, Tajuddin berkata harga ikan juga dapat dikurangka­n menerusi pertambaha­n penternaka­n ikan dalam sangkar kerana ia dapat menampung permintaan tinggi daripada pengguna.

“Kita tak bersetuju kalau peniaga atau orang tengah ambil kesempatan untuk mendapatka­n keuntungan berlebihan terutama ketika keadaan cuaca yang tidak mengizinka­n sehingga menyebabka­n nelayan tak dapat turun tangkap ikan di laut.

“Justeru, jika ikan dapat diternak sepanjang tahun maka bekalannya tidak akan terganggu dan inilah langkah yang kita boleh ambil untuk pastikan bekalan ikan sentiasa mencukupi,” katanya.

Selain itu, beliau turut meluluskan peruntukan RM250,000 bagi pembinaan lima jeti iaitu di Pulau Teluk Renjuna, Pulau Pantai Suri, Pulau Beluru, Pulau Tongkang dan Pulau Pantai Baru, di sini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Tajuddin (kanan) beramah mesra dengan nelayan yang hadir pada program Ramah Mesra bersama Nelayan Tumpat, di Tumpat semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Tajuddin (kanan) beramah mesra dengan nelayan yang hadir pada program Ramah Mesra bersama Nelayan Tumpat, di Tumpat semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia