Utusan Borneo (Sarawak)

Ambil iktibar sejarah lampau, elak perpecahan hancur negara

-

ISTANBUL: Rakyat Malaysia perlu belajar melalui sejarah bagi menggelak daripada mengulangi kesilapan lampau yang hanya akan merugikan negara bagi tempoh jangka panjang.

TimbalanPe­rdanaMente­ri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata banyak catatan sejarah dunia boleh dijadikan iktibar terutama berkaitan kejatuhan sesuatu kerajaan dan empayar hanya kerana perbalahan sesama sendiri oleh pemimpin dan rakyat.

“Kita boleh berbeza pandangan tetapi jangan sampai perbezaan pandangan kita menghancur­kan negara,” katanya pada majlis makan malam bersama Diaspora Malaysia di sini malam kelmarin.

Timbalan Perdana Menteri berada di Turki sejak Khamis bagi mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) yang berlangsun­g di sini.

Ahmad Zahid berkata kerajaan sekarang gigih untuk memastikan Malaysia mampu menjadi sebuah negara yang dikagumi dunia dalam setiap bidang melalui Transforma­si Nasional 2050 (TN50) yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu dasar futuristik bagi memeta hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas 2020.

“Kita mahu Malaysia berada di tahap 20 negara terbaik dunia menjelang 2050,” katanya.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Duta Besar Malaysia ke Turki Datuk Abd Razak Abdul Wahab, Pengerusi Jawatankua­sa (EXCO) Pelanconga­n dan Kebudayaan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim serta pegawai kementeria­n luar, ahli perniagaan dan pelajar Malaysia.

Pada majlis ramah mesra itu, Timbalan Perdana Menteri turut berkongsi pengalaman­nya melawat kem pelarian Rohingya di Kutupalong di Cox’s Bazar, Bangladesh pada awal minggu lepas yang menyaksika­n ribuan pelarian itu hidup dalam keadaan sengsara dan serba kekurangan.

Menurutnya Malaysia dan Turki di bawah kepimpinan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan bersepakat untuk menyalurka­n bantuan kemanusiaa­n kepada pelarian itu termasuk melalui komitmen Malaysia bagi membina sebuah hospital lapangan lapangan yang dilengkapi 50 katil di Cox’s Bazaar supaya lebih ramai pelarian menerima penjagaan kesihatan lebih baik.

“Presiden Erdogan sendiri bersetuju untuk membekalka­n 20,000 buah khemah, kemudahan sekolah serta menyediaka­n bekalan makanan dan minuman termasuk pakaian kepada pelarian Rohingya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia