Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan timbang bakar bot nelayan asing yang disita

-

KOTA KINABALU: Kerajaan menimbang kemungkina­n melupuskan bot-bot nelayan asing yang menceroboh perairan negara secara membakar atau menenggela­mkannya sebagai antara langkah tegas dalam menangani kegiatan golongan itu menangkap ikan secara haram di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata langkah tegas seperti itu dilihat perlu berikutan penceroboh­an nelayan asing di perairan negara yang semakin serius termasuk ada yang berani menangkap ikan berhampira­n pantai.

“Isu ini telah memberi kesan kepada nelayan tempatan khususnya di Terengganu, Kelantan dan Pahang apabila mereka mengadu tidak dapat meraih hasil laut yang banyak.

“Justeru, kita akan terus memperheba­t operasi selain mengambil tindakan tegas terhadap nelayan asing (yang didapati bersalah) bagi memastikan perkara sama tidak berulang,” katanya dalam sidang media di Kapal Maritim Arau, dekat Jeti Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar, di sini semalam.

Bagaimanap­un katanya di Sabah, isu itu masih lagi terkawal.

Mengulas lanjut, Shahidan berkata setakat hampir 10 bulan pertama tahun ini, Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) telah menahan 133 bot nelayan asing yang melibatkan 108 bot nelayan Vietnam dan baki 25 bot nelayan Indonesia.

Pada masa sama, Shahidan berkata APMM akan meningkatk­an kerjasama dengan pasukan keselamata­n lain termasuk TLDM dan Pasukan Polis Marin bagi memperheba­t operasi pemantauan dalam mengekang penceroboh­an bot nelayan asing. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia