Utusan Borneo (Sarawak)

Medan Selera Bandong bakal jadi medan selera terbesar di Sibu

-

SIBU: Medan Selera Bandong yang dijangka siap sepenuhnya pada hujung tahun ini bakal menjadi medan selera terbesar di bandar Sibu.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee berharap medan selera itu menjadi yang tercantik dan terbersih sebagai kriteria utama untuk menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong luar.

Ujarnya kerja menaik taraf medan selera di lot kedai bersebelah­an Pusat Khidmat DUN Nangka fasa ketiga projek pembanguna­n Bandong Walk melibatkan peruntukan RM2 juta.

“Kawasan ini (Bandong) telah mengalami banyak perubahan sejak empat hingga lima tahun lepas terutama dengan fasa pertama dan kedua Bandong Walk. Kini fasa ketiga sedang dijalankan dengan peruntukan hampir RM2 juta.

“Medan Selera Bandong dijangka siap pada hujung tahun ini dan menjadi medan selera terbesar di Sibu. Medan selera ini mempunyai 12 gerai beroperasi dan kita mencadangk­an setiap pengusaha gerai mendapat pengiktira­fan pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Pensijilan halal ini penting supaya pengunjung tidak berasa waswas datang ke medan selera. Kita akan memastikan pengusaha gerai makanan di medan selera sentiasa menjaga kebersihan,” jelasnya.

Dr Annuar berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Mini Bandong Walk 2017 anjuran Persatuan Pembanguna­n Komuniti Bandong Sibu (PPKB Sibu) malam kelmarin.

Untuk rekod, projek Bandong Walk dibahagika­n kepada tiga fasa dengan fasa pertama dan kedua melibatkan kerja-kerja laluan berbumbung untuk kemudahan para peniaga.

Sebanyak 23 gerai beroperasi pada fasa pertama Bandong Walk, manakala fasa kedua pula melibatkan 11 gerai.

Mengulas mengenai penganjura­n karnival, Dr Annuar berkata, penganjura­n julung kali itu diadakan bertujuan menggalakk­an orang ramai datang ke Bandong Walk untuk meningkatk­an perniagaan di situ.

Antara aktiviti dijalankan sepanjang karnival satu hari ialah ‘Pocket Talent Show’, pertanding­an pertunjuka­n fesyen kanak- kanak dan pertanding­an ‘Spell It Right’ bertujuan menggalak minat dalam bahasa Inggeris.

Terdahulu, Pengerusi Kelab Berbasikal Sri Rejang Abdul Taib telah menyampaik­an surat pelantikan kepada Dr Annuar sebagai penaung kelab.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Sibu Awang Yusup Awang Mostapha, Kaunselor Jimmy De Rozario, Kaunselor Rabek Ali Hamid, Kaunselor Ibrahim Laili, Kapitan Toh Jack Kuong dan pengerusi pengelola karnival yang juga Pengerusi PPKB Sibu Abang Morni Dato Sri Abang Zainuddin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia