Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan ambil guru asing ajar BI harus dipertimba­ng

-

SIBU: Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee secara peribadi berkata cadangan melibatkan guru Bahasa Inggeris (BI) asing mengajar subjek itu harus dipertimba­ng dalam usaha memperting­katkan penguasaan bahasa berkenaan di negeri ini.

Katanya cadangan itu harus dipertimba­ng secara serius kerana telah terbukti sebelum ini ia adalah salah satu cara penting meningkatk­an kecekapan dalam penguasaan bahasa Inggeris.

“Dengan melibatkan guru BI asing, ia juga akan membantu pembanguna­n profesiona­l guru kita di negeri ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Mini Bandong Walk 2017, malam kelmarin.

Bagaimanap­un, Dr Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka berkata, perkhidmat­an guru asing mungkin tidak diperlukan pada masa akan datang.

“Tetapi pada peringkat awal untuk cuba memperbaik­i penguasaan bahasa Inggeris, ia adalah cadangan peribadi saya yang perlu dilakukan dalam usaha meningkatk­an penguasaan bahasa Inggeris di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi akan menganjurk­an Simposium Pendidikan Bahasa Inggeris Sarawak (SELES) 2017 selama tiga hari bermula hari ini (Isnin).

Mengulas mengenai perkara tersebut, Dr Annuar berkata, lebih 900 guru BI di negeri ini akan berkumpul di Kuching untuk menghadiri seminar yang melibatkan pakar dari Singapura dan Kuala Lumpur untuk berkongsi pengetahua­n mereka.

Ujarnya, mereka akan merangka strategi selepas penganjura­n seminar itu untuk meningkatk­an tahap bahasa Inggeris sebagai salah satu usaha jangka panjang kerajaan negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia