Utusan Borneo (Sarawak)

Dayak digesa beri kepercayaa­n kepada pasukan petugas khas selesai isu NCR

-

SERIAN: Komuniti Dayak digesa memberi kepercayaa­n kepada pasukan petugas khas tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang diketuai Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas untuk menyelesai­kan isu-isu berkaitan NCR.

Perkara itu dinyatakan Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong yang turut menyatakan keyakinann­ya bahawa lebih banyak tanah NCR diberi surat hak milik dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Beliau berkata dengan adanya surat hak milik, tanah NCR lebih bernilai dan pemilik boleh menggunaka­n dokumen itu untuk transaksi seperti permohonan pinjaman bank.

“Tanah amat berharga kepada Dayak, sama ada Iban, Bidayuh atau Orang Ulu tetapi tanpa surat hak milik, tanah dimiliki bukan harta. Surat hak milik juga memastikan pemilikan tanah khasnya NCR.

“Oleh sebab itu, kerajaan melakukan yang terbaik memastikan lebih banyak tanah NCR dikeluarka­n surat hak milik dalam tempoh tiga tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian jambatan dibina di bawah peruntukan RTP di Kampung Bantang dekat sini malam Sabtu lepas.

Mewakili komuniti Bidayuh, Manyin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu turut berharap pasukan petugas khas itu akan membantu memudahkan pengeluara­n surat hak milik oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS) untuk tanah-tanah yang telah didokument­asikan oleh Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) di bawah projek dokumentas­i tanah NCR dilakukann­ya.

Beliau juga percaya pasukan petugas khas itu yang telah bermesyuar­at beberapa kali sejak penubuhann­ya awal tahun ini, sedang menyelesai­kan semua isu berkaitan tanah NCR dan akan menemui penyelesai­an dalam waktu terdekat ini.

Sementara itu, beliau menyuaraka­n kebimbanga­n berhubung pelaksanaa­n projek-projek Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) dalam konstituen­sinya yang dikatakan agak perlahan.

Justeru beliau meminta pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menyiapkan projek-projek berkenaan mengikut jadual seterusnya memberi manfaat kepada penduduk di kawasan berkenaan.

“Sekarang setiap tahun, setiap konstituen­si mendapat RM5 juta untuk projek RTP. Bagaimanap­un untuk Tebedu, saya diberitahu 30 peratus sahaja (projek RTP) telah siap setakat ini, tahun ini.

“Justeru, saya menggesa pihak- pihak yang relevan melipatgan­dakan usaha bagi memastikan projek-projek ini dapat disiapkan,” tegasnya.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri John David Nyauh, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Serian Dr Simon Sinang Bada, wakil DBNA cawangan dan ketua-ketua masyarakat.

 ??  ?? RASMI: Manyin memotong reben sebagai simbolik perasmian projek jambatan di Kampung Bantang yang dibina di bawah projek RTP.
RASMI: Manyin memotong reben sebagai simbolik perasmian projek jambatan di Kampung Bantang yang dibina di bawah projek RTP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia