Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tumpaskan kegiatan edar pil ekstasi, tahan empat individu

-

JOHOR BAHRU: Polis menumpaska­n satu sindiket pengedaran dadah di bandar raya ini selepas menangkap empat individu termasuk seorang wanita dan merampas lebih 15,000 pil Ekstasi bernilai lebih RM450,000 di sebuah hotel bajet di Setia Tropika, Kempas di sini tiga hari lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata suspek melibatkan tiga warga tempatan termasuk wanita berkenaan yang masingmasi­ng berusia 26, 29 dan 33 tahun serta seorang rakyat Indonesia berumur 39 tahun.

Mereka ditahan dalam serbuan 1.50 pagi di sebuah bilik di hotel berkenaan dan pemeriksaa­n polis menemukan 15,046 biji pil Ekstasi bernilai hampir RM451,930, katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Mohd Taib berkata kesemua pil terbabit telah diasing dan dibungkus dalam 15 peket dengan setiap peket seberat 300 gram itu dianggarka­n mengandung­i 1,000 biji pil Ekstasi.

Dalam serbuan itu polis turut merampas 5.08 gram dadah disyaki syabu serta wang tunai RM1,000.

“Mereka dipercayai baharu pertama kali melakukan kegiatan tersebut dan siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenal pasti individu lain yang terlibat membekalka­n dadah berkenaan kepada mereka,” katanya menambah dadah terbabit dipercayai untuk edaran di premis hiburan di bandar raya ini.

Menurut Mohd Taib ketiga-tiga suspek warga tempatan berkenaan turut positif syabu dan kesemua mereka termasuk lelaki Indonesia tersebut direman sehingga 26 Okt ini bagi membantu siasatan menurut Sekysen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, beliau ber- kata bagi tempoh Januari hingga 20 Okt lepas, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara berjaya menahan 1,423 individu berkaitan dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.73 juta.

Daripada jumlah yang ditahan itu, 25 orang merupakan warga asing termasuk Singapura, Vietnam, China dan Indonesia. — Bernama KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua bekas setiausaha kepada bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewen­gan dana awam di Sabah.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a ( Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahka­n perkara berkenaan.

“Mereka ditahan di Putrajaya semalam dan kini direman selama lima hari sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan kes itu,” katanya.

Dana awam berjumlah RM1.5 bilion itu adalah sebahagian peruntukan kerajaan pusat melalui sebuah kementeria­n berjumlah RM7.5 bilion untuk melaksanak­an projek luar bandar di Sabah sepanjang 2009 hingga 2015. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUMPAS: Mohd Taib (dua kiri) menunjukka­n paket berisi pil ekstasi dan syabu yang dirampas ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Daerah Johor Bahru Utara, Skudai dekat Johor Bahru, semalam.
— Gambar Bernama TUMPAS: Mohd Taib (dua kiri) menunjukka­n paket berisi pil ekstasi dan syabu yang dirampas ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Daerah Johor Bahru Utara, Skudai dekat Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia