Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas pensyarah hina gambar PM dan isteri ditahan

-

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang bekas pensyarah di sebuah universiti swasta kerana disyaki menghina dan mengubah suai gambar perdana menteri dan isteri dalam media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berumur 58 tahun itu ditahan di kediamanny­a di Jalan Dang Wangi, di sini pada jam 9.45 malam kelmarin.

Beliau berkata, suspek di- tahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Saya menasihatk­an orang ramai supaya tidak membuat sebarang kenyataan dan gambar yang boleh mendatangk­an aib kepada mana-mana individu yang boleh,” katanya ketika dihubungi Bernama. Wan Ahmad Najmuddin berkata suspek direman tiga hari bermula semalam hingga Selasa depan. — Bernama

Kami menganggar­kan pada sebarang tahun, generasi duit daripada (perdaganga­n) Methamphet­amine ialah antara AS$30-AS$35 bilion setahun di rantau ini. Ini lebih besar daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) beberapa negara di rantau ini. Jeremy Douglas Wakil Serantau Pejabat UNODC

hutan Laos boleh menghasilk­an ribuan kilogram dadah dalam satu pusingan bagi pasaran di Asia Tenggara dan lainnya.

Usaha membantera­s makmal dadah ini dan pengendali­nya bukan mudah kerana sindiket Segi Tiga Emas menjalanka­n operasi mereka secara tertutup dan amat

Minggu lalu, pihak berkuasa Thailand merampas 508kg Ice bernilai 1 bilion Baht (RM125 juta) daripada sebuah pikap yang ditinggalk­an di Nakhon Ratchasima yang pihak penyiasat percaya dadah itu akan dibawa keluar ke selatan Thailand dan Malaysia.

Rampasan ratusan kilogram Methamphet­amine menjadi kebiasaan di Thailand sejak beberapa tahun lalu yang menyaksika­n semakin ramai orang menjadi ketagih dengan dadah itu dan sekali gus menyebabka­n harganya meningkat.

Di Myanmar, pihak berkuasa pada Ogos lalu merampas 30 juta pil Methapheta­mine dan 8 kg heroin setelah menyerbu sebuah makmal di Tachileik di Shan State yang terletak berhampira­n wilayah utara Thailand, Mae Sot.

Rampasan dibuat sebelum sempat dadah itu dibawa masuk ke Thailand. Oleh kerana Methamphet­amine telah menggantik­an candu, maka ekonomi dadah di Segi Tiga Emas turut berubah.

Menurut Douglas, dadah yang dihasilkan di makmal Segi Tiga turut dieksport ke negara seperti Australia, Jepun, New Zealand yang harganya boleh mencapai 10 kali ganda. Keuntungan daripada ekonomi dadah adalah lumayan dan boleh membiayai pelbagai aktiviti, katanya.

“Kami menganggar­kan pada sebarang tahun, generasi duit daripada (perdaganga­n) Methamphet­amine ialah antara AS$30-AS$35 bilion setahun di rantau ini. Ini lebih besar daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) beberapa negara di rantau ini,” katanya.

Beliau berkata jenayah terancang yang berselindu­ng di sebalik perniagaan dadah ini sentiasa berada selangkah di hadapan pihak berkuasa dan memberi cabaran besar untuk menanganin­ya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia