Utusan Borneo (Sarawak)

Individu hilang dompet diminta ke Balai Polis Tun Hs Lee

-

KUALA LUMPUR: Polis meminta individu yang kehilangan dompet mengandung­i wang kertas asing bernilai kira-kira RM12,666 di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Jalan Imbi di sini pada 9 Okt lalu tampil menuntutny­a di Balai Polis Tun HS Lee, di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Sukri Kaman berkata, dompet tersebut yang mengandung­i 30 keping dolar Amerika Syarikat dan beberapa keping wang kertas Syria ditemui oleh seorang pekerja pembersiha­n di bilik persalinan bayi di tingkat tiga pusat beli-belah berkenaan.

“Polis tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri di dalam dompet itu selain beberapa keping gambar dipercayai pemilik dompet,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaia­n sijil penghargaa­n kepada pihak keselamata­n pusat beli-belah tersebut, di sini semalam.

Mohd Sukri turut men- gucapkan terima kasih kepada pekerja pembersiha­n berkenaan atas kejujurann­ya menyerahka­n dompet tersebut kepada pihak pengurusan pusat beli-belah itu sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Katanya, tindakan sedemikan perlu dijadikan teladan dan dicontohi oleh pihak lain agar dapat melahirkan sebuah masyarakat yang bertanggun­gjawab dan jujur.

Sementara itu, pekerja pembersiha­n berkenaan, Samona Marhama, 35, yang ditemui pemberita pada majlis tersebut menyatakan tindakanny­a menyerahka­n dompet itu adalah atas rasa tanggungja­wab dan amanah yang menurutnya perlu dimiliki setiap orang.

“Saya terjumpa dompet itu dan mengesyaki bahawa mungkin ada orang yang tertinggal, lalu tanpa berfikir panjang saya serahkan kepada pengurusan untuk diserahkan kepada pihak polis,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia