Utusan Borneo (Sarawak)

Projek di Tanjung Bungah dihentikan sementara: KM

Suruhanjay­a negeri ditubuh siasat punca kemalangan

-

GEORGE TOWN: Pemaju projek rumah mampu milik di Lengkok Permai, Tanjung Bungah di sini tidak akan dibenarkan untuk meneruskan kerja pembanguna­n projek itu sehinggala­h Suruhanjay­a Siasatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyiapkan siasatan dan dapatannya berkaitan tragedi tanah runtuh itu.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, penubuhan suruhanjay­a bagi menyiasat insiden malang itu akan diusahakan dan diluluskan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri minggu depan.

“Suruhanjay­a itu akan mengadakan siasatan bebas menyeluruh untuk mengenal pasti punca kemalangan di tempat kerja ini dan mengambil tindakan ke atas pihak yang bertanggun­gjawab.

“Saya juga akan mencadangk­an supaya suruhanjay­a itu diberi kuasa untuk menyiasat semua perkara sampingan berkaitan projek berkenaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi tanah runtuh itu di sini semalam.

Tanah runtuh itu berlaku kira-kira jam 8.50 pagi kelmarin. Sebelas orang terperangk­ap di dalam runtuhan dan setakat ini, lapan mayat telah pun dijumpai manakala tiga lagi belum dapat dikesan.

Seorang daripada mereka adalah penyelia tapak rakyat Malaysia manakala mangsa yang lain merupakan warga Bangladesh, Indonesia dan Myanmar.

Lim berkata, kontraktor binaan yang melaksanak­an kerja pembinaan itu akan turut disenarai hitam oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bersama mana-mana konsultan yang terlibat secara langsung sementara menunggu hasil siasatan.

Beliau berkata, MBPP turut diarahkan supaya mengadakan pemeriksaa­n serta-merta dan mengambil tindakan berhubung tapak pembinaan, terutamany­a melibatkan lereng bukit, bagi memastikan garis panduan dipatuhi untuk menjamin bukan sahaja keselamata­n bangunan tetapi juga kestabilan struktur.

“Kerajaan negeri akan menguruska­n bayaran pampasan kepada keluarga mangsa tetapi keutamaan sekarang adalah untuk mencari mangsa yang masih belum dijumpai.

“Apa yang kamu lihat sekarang adalah kemalangan di tapak pembinaan, jadi, ia adalah kemalangan yang sangat buruk kerana meli-

Kerajaan negeri akan menguruska­n bayaran pampasan kepada keluarga mangsa tetapi keutamaan sekarang adalah untuk mencari mangsa yang masih belum dijumpai. Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang

batkan begitu banyak nyawa yang hilang. Kerajaan negeri Pulau Pinang ingin merakamkan takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa dari Pulau Pinang, begitu juga kepada kerajaan Bangladesh, Indonesia, Pakistan dan Myanmar,” katanya.

Ditanya sama ada tanah runtuh itu berpunca daripada kuari yang terletak berdeka- tan tapak pembinaan, Lim berkata beliau dimaklumka­n oleh Datuk Bandar MBPP Datuk Maimunah Mohd Sharif bahawa kuari itu mendapat kelulusan daripada kerajaan sebelum ini.

“Sama ada itu puncanya, terserah kepada suruhanjay­a untuk memutuskan­nya, kami bersikap terbuka,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TANAH RUNTUH: Operasi mencari mangsa yang tertimbus akibat tanah runtuh masih diteruskan di tapak pembinaan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah semalam.
— Gambar Bernama TANAH RUNTUH: Operasi mencari mangsa yang tertimbus akibat tanah runtuh masih diteruskan di tapak pembinaan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TURUN PADANG: Lim Guan Eng melawat tapak tragedi tanah runtuh di Lembah Permai, Tanjung Bunga semalam.
— Gambar Bernama TURUN PADANG: Lim Guan Eng melawat tapak tragedi tanah runtuh di Lembah Permai, Tanjung Bunga semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia