Utusan Borneo (Sarawak)

Kemungkina­n tanah runtuh di tapak insiden pernah disuarakan

-

GEORGE TOWN: “Saya berharap suami saya ditemui dengan selamat agar kami sama-sama dapat menyambut kelahiran cahaya mata sulung kami,” kata isteri kepada seorang daripada mangsa insiden tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini.

Nuraini Rosanti Abdullah, 32, yang hamil tiga bulan, berkata dia dan suaminya, Ali Raza Mohd Jamil, 23, seorang warga Pakistan, baharu sahaja menerima khabar gembira yang mereka bakal menjadi ibu bapa tidak lama lagi, namun kini semuanya kelam selepas dia dimaklumka­n mengenai tragedi itu pagi kelmarin.

“Kami baharu sahaja melangsung­kan perkahwina­n pada Jun lalu setelah berkenalan di Melaka pada awal tahun ini,” katanya kepada Bernama di luar lokasi kejadian, di sini semalam.

Nuraini yang berasal dari Sulawesi, Indonesia, berkata sejak menerima khabar duka itu daripada bapanya yang juga menetap di sini, hatinya menjadi tidak keruan, namun pada masa sama berharap agar usia suaminya dipan- jangkan.

Dalam kejadian di tapak pembinaan projek rumah mampu milik itu, seramai 11 pekerja disahkan tertimbus dan sehingga kini lapan mayat berjaya dikeluarka­n.

Nuraini berkata, dia dimaklumka­n usaha mencari menyelamat empat lagi termasuk suaminya agak su- kar kerana terdapat banyak cerucuk yang perlu dipotong terlebih dahulu.

Menurutnya, Ali Raza berkelakua­n agak pelik beberapa hari sebelum kejadian termasuk hanya mahu makan keropok pada malam sebelum kejadian.

“Kebiasaann­ya suami saya sangat suka makan masakan ikan siakap saya, namun sehari sebelum kejadian dia tidak mahu menyentuh makanan itu kerana mengatakan mahu tidur.

“Dia seorang yang sangat penyayang dan pendiam… namun dia amat kurang bercakap kira-kira tiga hari sebelum kejadian itu,” katanya. — Bernama GEORGE TOWN: Kemungkina­n berlaku insiden tidak diingini di tapak kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah di sini dikemukaka­n sebanyak dua kali kepada kerajaan negeri Pulau Pinang sejak awal tahun ini, kata gabungan pertubuhan masyarakat Penang Forum.

Wakil mereka Dr Lim Mah Hui berkata kali pertama perkara itu dibangkitk­an oleh Penang Hill Watch (PHW) ialah pada Januari dan kali kedua pada Mei, memohon agar projek tersebut dihentikan kerana khuatir boleh berlaku runtuhan tanah.

“Gambar-gambar kawasan pembinaan dan pemotongan bukit di tapak ini dikemukaka­n kepada kerajaan negeri yang menjawab ‘kerja-kerja tanah di situ sedang dipantau’.

“Laporan kali kedua kami kemukakan berserta hasil siasatan susulan dan kali ini kami tidak menerima sebarang maklum balas daripada kerajaan negeri,” ka- tanya pada sidang media, di sini semalam.

Kedua-dua laporan tersebut dikemukaka­n kepada Exco Kerajaan Negeri Chow Kon Yeow.

Penang Forum memulakan PHW, satu inisiatif komuniti untuk menyalurka­n maklumat mengenai pemotongan bukit yang diperoleh daripada masyarakat kepada kerajaan negeri.

Dalam kejadian jam 8.57 pagi kelmarin itu, lapan pekerja binaan terbunuh manakala tiga lagi dikhuatiri masih tertimbus dalam runtuhan tanah di tapak projek perumahan mampu milik 50 tingkat di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini.

Usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan dan polis percaya mangsa tertimbus sehingga sedalam 10 meter.

Lim berkata dua tahun lepas, Penang Forum menggesa kerajaan negeri pimpinan DAP itu menyemak semula serta menghentik­an projek pembanguna­n di lereng bukit namun tidak dipedulika­n.

“Natijahnya yang begitu memeritkan dapat dilihat hari ini (kelmarin) dengan kemungkina­n 11 nyawa terkorban dalam runtuhan tanah di projek lereng bukit di Tanjung Bungah,” katanya.

Katanya, dalam Garis Panduan bagi Pembanguna­n di Lereng Bukit, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata pihak berkuasa tempatan ( PBT) Pulau Pinang akan memperkuat unit geoteknika­l mereka yang bertanggun­gjawab memproses dan meluluskan permohonan bagi pembanguna­n di kawasan bukit, diikuti penguatkua­saan yang ketat.

“Soalannya apa yang berlaku selepas itu? Adakah kerajaan negeri dan PBT melaksanak­an garis panduan tersebut atau telah berlaku satu kecuaian melampau,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MAUT: Muslifah Salis, 58, bersama Samhari Salis, 49, menunjukka­n gambar adik mereka Erwin Salis, 35, yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah semasa berada di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP)...
— Gambar Bernama MAUT: Muslifah Salis, 58, bersama Samhari Salis, 49, menunjukka­n gambar adik mereka Erwin Salis, 35, yang maut dalam kejadian tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah semasa berada di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP)...
 ?? — Gambar Bernama ?? REDA: Nuraini Rusanti kelihatan sugul dan tidak dapat menahan sebak kerana suaminya antara mangsa tanah runtuh di Tanjung Bungah masih belum ditemui hingga kini.
— Gambar Bernama REDA: Nuraini Rusanti kelihatan sugul dan tidak dapat menahan sebak kerana suaminya antara mangsa tanah runtuh di Tanjung Bungah masih belum ditemui hingga kini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia