Utusan Borneo (Sarawak)

Huddersfie­ld berikan kekalahan pertama Mourinho

United dikejutkan 1-2, sekali gus membolehka­n City menjarakka­n kedudukan di singahsana liga

-

LONDON, England: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, mengkritik anak buahnya selepas dikejutkan 1-2 oleh pendatang baharu Liga Perdana Inggeris, Huddersfie­ld Town, sekali gus membolehka­n Manchester City menjarakka­n kedudukan di singahsana liga dengan kelebihan lima mata Sabtu lepas.

Aaron Mooy dan Laurent Depoitre menjaringk­an gol pada perlawanan di Stadium John Smith untuk membolehka­n Huddersfie­ld mencipta kemenangan pertama ke atas United sejak 1952 dan juga memberikan kekalahan pertama United musim ini.

“Ia satu lagi cerita rakyat hebat yang kami mulakan hampir dua tahun yang lalu,” kata pengurus Huddersfie­ld, David Wagner.

“Hari ini adalah saat kami. Ia menjadikan semua orang berasa sangat gembira dan bangga.”

City mengambil sepenuh peluang dari kekalahan United dengan menewaskan Burnley 3-0, di mana penyerangn­ya, Sergio Aguero menyamai rekod gol kelab yang dipegang Eric Brook dengan menjaringk­an 177 gol.

Juara bertahan, Chelsea, merapatkan kedudukan dengan kurang dua mata di belakang United selepas menewaskan Watford 4- 2 dan Tottenham Hotspur boleh berkongsi mata dengan United jika menewaskan Liverpool pada perlawanan lewat.

Kekalahan United adalah ekoran seri tanpa jaringan di Liverpool minggu lepas dan kemenangan tipis 1-0 di Benfica dalam Liga Juara-Juara.

Mourinho, yang jelas berang dengan kekalahan itu, berkata: “Apabila saya tewas perlawanan, saya suka tewas kerana lawan kami lebih baik, mempunyai lebih kualiti. Apabila anda tewas kerana

Ia satu lagi cerita rakyat hebat yang kami mulakan hampir dua tahun yang lalu. David Wagner Pengurus Huddersfie­ld

sikap pemain, ia adalah sangat teruk.”

Semuanya tidak menjadi buat United bermula minit ke-23 apabila pemain pertahanan­nya, Phil Jones, terpaksa dikeluarka­n kerana kecederaan pinggul, dengan Victor Lindelof dimasukkan mengisi tempat.

Huddersfie­ld membuka jaringan lima minit kemudian apabila Mooy, bekas pemain Manchester City, merampas bola dari Juan Mata dan melancarka­n serangan di mana beliau menjaringk­an gol selepas penjaga gol David de Gea menepis satu cubaan Tom Ince.

Lindelof melakukan kesilapan ketika Depoitre menambah jaringan pada minit ke-33 selepas gagal menjangka umpanan jatuh penjaga gol Jonas Lossl, membolehlk­an Depoitre mengelecek De Gea sebelum merembat bola ke pintu gol.

Pemain gantian United, Marcus Rashford, merapatkan kedudukan buat United dengan menanduk satu hantaran lintang Romelu Lukaku ketika berbaki 12 minit perlawanan tetapi Huddersfie­ld bertahan sehingga ke wisel penamat untuk kemenangan bersejarah.

City sudah menang 11 perlawanan terakhir dalam semua pertanding­an, menyamai rekod kelab dan menjaringk­an 20 gol dari empat perlawanan terakhir di tempat sendiri dalam liga.

Aguero menyempurn­akan satu tendangan penalti pada minit ke-30 selepas penjaga gol Burnley menjatuhka­n Bernardo Silva.

Nicolas Otamendi dan Leroy Sane melengkapk­an jaringan dalam separuh masa kedua.

“Saya berasa gembira untuk meneruskan mentaliti kemenangan kami,” kata pengurus City, Pep Guardiola.

“Sudah tentu ia bukan mudah untuk mencipta kemenangan ke-11 berturut-turut, jadi ia sangat bagus.”

Michy Batshuayi dimasukkan dari bangku simpanan untuk membantu Chelsea menang 4-2 ke atas Watford di Stamford Bridge, sekali gus mengurangk­an tekanan ke atas pengurus kelab, Antonio Conte.

Tewas dalam dua perlawanan liga sebelum ini, Chelsea membuka jaringan pada minit ke-12 dari satu rembatan can- tik Pedro.

Gol Abdoulaye Doucoure pada minit akhir sebelum rehat membolehka­n Watford mengikat k e d u d u k a n sebelum Roberto Pereyra meletakkan Watford di hadapan buat kali pertama pada awal separuh masa kedua.

B a t s h - uayi, yang d i m a s u - k k a n m e n g - gantikan Alvaro Morata, mengikat kedudukan pada minit ke-71 dan selepas Cesar Azpilicuet­a meletakkan Chelsea kembali di hadapan pada lewat permainan, Batshuayi menjaringk­an gol kedua peribadi p a d a m i n i t kecederaan. “Prestasi adalah baik kerana kami bolos pada akhir separuh masa pertama dan kemudian ketinggala­n pad awal separuh masa kedua, keyakinan kami rendah ketika itu,” kata Conte. “Tetapi pemain saya menunjukka­n bahawa kami mempunyai sikap untuk bersaing dan mengubah keputusan.” Selepas memecat Craig Shakespear­e, Michel Appelton memulakan tugas sebagai pengurus sementara Leicester City dengan kemenangan 2-1 di Swansea City. Gol sendiri Federico Fernandez dan gol Shinji Okazaki meletakkan City 2-0 di hadapan sebelum Alfie Mawson merapatkan kedudukan. Pada perlawanan lain, Bournemout­h menewaskan Stoke City 21 sementara N e w c a s - tle United m e n e - w a s k a n C r y s t a l Palace 1-0 di tempat s e n d i r i dan Southa m p t o n m e n e - waskanWest Bromwich Albion 1- 0 menerusi gol solo Sofiane Boufal pada minit ke-85. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? Mooy (kanan) menjaringk­an gol pertama Huddersfie­ld ketika beraksi pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang United di Stadium John Smith’s, Huddersfie­ld Sabtu lepas. MOURINHO
— Gambar AFP Mooy (kanan) menjaringk­an gol pertama Huddersfie­ld ketika beraksi pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang United di Stadium John Smith’s, Huddersfie­ld Sabtu lepas. MOURINHO
 ??  ?? LAKAR KEJUTAN:
LAKAR KEJUTAN:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia