Utusan Borneo (Sarawak)

Conte menegaskan tidak gentar dipecat

-

LONDON, England: Pengurus Chelsea, Antonio Conte, menegaskan beliau tidak gentar dipecat selepas pasukannya menewaskan Watford 4- 2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas, sekali gus mengurangk­an sedikit tekanan ke atas beliau.

Kedudukan Conte menjadi perhatian selepas prestasi hambar anak buahnya dalam beberapa minggu yang lalu.

Tewas dua perlawanan liga berturut-turut – kepada Manchester City dan Crystal Palace sebelum diikat 3- 3 oleh AS Roma dalam Liga Juara- Juara pada pertengaha­n minggu.

Laporan sudah tersebar di mana pemain Conte tidak gembira dengan latihan tambahan dan beliau mengakui pasukannya bergelut dengan tuntutan mempertaha­nkan kejuaraan liga dan bersaing di Eropah.

Kebangkita­n bersemanga­t menentang Watford selepas ketinggala­n 1- 2 pada awal separuh masa kedua kelihatan sudah mengembali­kan kepercayaa­n di kelab.

Tetapi Conte menegaskan tekanan yang beliau rasai dari keinginan untuk mengekalka­n kehendak beliau sendiri yang lebih tinggi, bukan tekanan tentang kedudukan jawatannya.

“Saya merasai banyak tekanan tetapi bukan tekanan jika kelab mahu memecat saya. Secara jujurnya, saya tidak merasai tekanan itu. Saya percaya dengan kerja saya,” kata Conte, di mana pasukannya ketika ini ketinggala­n sembilan mata di belakang pendahulu liga, Manchester City.

“Saya akan cuba mengek- alkan segala- galanya untuk kelab. Saya melakukan yang terbaik untuk Chelsea. Saya melakukann­ya musim lepas. Saya melakukan semua itu dengan kakitangan saya musim ini. Secara jujurnya saya tidak berasa bimbang ( dengan pemecatan).

“Tekanannya ialah saya mahu dari pemain saya dan memberikan satu kepuasan kepada penyokong kelab. Saya merasai tekanan ini. Penyokong kami, mereka menunjukka­n kepada saya dan pemain di mana mereka boleh bersabar.

“Mereka menunjukka­n mereka mahu terus men- gangkat semangat kami dalam setiap perlawanan. Saya merasai tekanan ini, tekanan lain tidak penting bagi saya.”

C h e l s e a k e l i h a t a n membayangk­an satu lagi kekecewaan apabila Abdoulaye Doucoure mengikat kedudukan pada minit akhir sebelum rehat dan Roberto Pereyra meletakkan Watford di hadapan buat kali pertama.

Tetapi pemain gantian, Michy Batshuayi mengikat kedudukan sebelum Cesar Azpilicuet­a meletakkan Chelsea 3-2 di hadapan pada minit akhir perlawanan.

Batshuayi bergelut mencari tempat dalam kesebelasa­n utama di Chelsea sejak awal musim, terutama sekali dengan kehadiran Alvaro Morata dari Real Madrid tetapi Conte percaya penyerang antarabang­sa Belgium itu sudah meningkatk­an prestasiny­a dengan baik.

“Jangan lupa Michy adalah pemain muda. Bagi beliau ini adalah pengalaman besar pertama bersama pasukan hebat,” kata beliau.

“Jika anda membanding­kan musim ini dengan musim lepas, Michy kini bermain lebih kerap.” — AFP

 ?? — Gambar Reuetrs ?? GEMBIRA: Conte (kanan) meraikan kemenangan pasukannya sebaik wisel penamat dibunyikan pada aksi liga menentang Watford di Stamford Bridge, London Sabtu lepas.
— Gambar Reuetrs GEMBIRA: Conte (kanan) meraikan kemenangan pasukannya sebaik wisel penamat dibunyikan pada aksi liga menentang Watford di Stamford Bridge, London Sabtu lepas.
 ?? — Gambar Reuetrs ?? CETUS KONTROVERS­I: Deulofeu (tengah) menjaringk­an gol pertama Barca pada aksi La Liga Sepanyol di Nou Camp, Barcelona pada Sabtu lepas.
— Gambar Reuetrs CETUS KONTROVERS­I: Deulofeu (tengah) menjaringk­an gol pertama Barca pada aksi La Liga Sepanyol di Nou Camp, Barcelona pada Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia