Utusan Borneo (Sarawak)

Barca jarakkan kedudukan di tangga teratas La Liga

-

MADRID, Sepanyol: Gol kontrovers­i Gerard Deulofeu memastikan Barcelona mencipta kemenangan 2-0 ke atas Malaga ketika menjarakka­n kedudukan di tangga teratas La Liga Sepanyol Sabtu lepas.

Pada minit kedua perlawanan di Nou Camp, bola jelas sudah keluar dari garisan tepi padang sebelum Lucas Digne melakukan hantaran lintang yang disempurna­kan Deulofeu menggunaka­n buku lalinya, sekali gus membangkit­kan kemarahan pemain Malaga.

Barcelona bergelut menembusi benteng pertahanan lawan ketika memburu gol kedua, yang hanya hadir pada minit ke-56 apabila kapten pasukan, Andres Iniesta melakukan satu rembatan kencang yang terkena pemain lawan.

Luis Suarez terlepas peluang keemasan untuk menjaringk­an gol ketiga tetapi Barca masih mampu menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan empat mata berbanding pencabar terdekatny­a, Valencia, yang menewaskan Sevilla 4-0.

“Bagi saya, gol itu sah. Saya percaya ia (bola) masih di atas garisan, kerana itu saya terus menyempurn­akan peluang,” kata Deulofeu.

Berikutan dengan beberapa tunjuk perasaan di Barcelona ekoran tindakan kerajaan Sepanyol untuk mengurangk­an autonomi di wilayah Catalan, suasana sudah berubah.

Bagaimanap­un, semuanya lebih senyap dalam padang selepas gol pembukaan Deulofeu, dengan Barcelona bergelut mencari ruang dan malah bintang utamanya, Lionel Messi, sukar untuk mencari ruang sehingga beliau mengumpan bola kepada Iniesta untuk gol kedua.

Suarez boleh menjaringk­an gol ketiga apabila menerima umpanan Sergi Roberto tetapi cubaan beliau melambung tinggi walaupun pintu gol terbuka luas.

“Gol beliau (Suarez) akan datang, ia sama juga dengan Leo (Messi). Mereka adalah pemain yang mendapat banyak peluang, pada perlawanan seterusnya mereka akan menjaringk­an gol,” kata Deulofeu.

Ernesto Valverde, jurulatih Barca, juga mempertaha­nkan Suarez dengan berkata penyerang antarabang­sa Uruguay itu adalah bahagian penting dalam skuadnya, tidak kira beliau ada menjaringk­an gol atau tidak.

“Kesungguha­n yang beliau tunjukkan sentiasa memberikan­nya peluang. Lebih banyak beliau terlepas peluang, ia bermakna beliau ada mencari peluang. Beliau sangat berharga untuk kami,” tambah beliau. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia