Utusan Borneo (Sarawak)

Inter sekat kemaraan Napoli

Kedua- dua pasukan terikat tanpa jaringan pada aksi Serie A Itali di Stadium San Paolo pada Sabtu lepas

-

MILAN, Itali: Inter Milan menamatkan rentak kemenangan Napoli dalam Serie A Itali apabila kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan Sabtu lepas.

Napoli – yang tewas kepada Manchester City dalam aksi Liga Juara-Juara pada pertengaha­n minggu – mengumpul 25 mata dari sembilan perlawanan untuk mengekalka­n kelebihan dua mata berbanding Inter.

Juventus dan Lazio – berkongsi dengan 19 mata di belakang Inter – mempunyai peluang untuk merapatkan jurang apabila masing-masing menentang Udinese dan Cagliari pada perlawanan lewat.

Napoli mencipta 13 kemenangan berturut-turut dalam liga sejak dari musim lepas tetapi mereka gagal menembusi pertahanan kebal Inter, yang memburu kemenangan pertama di Naples sejak 20 tahun dan membuktika­n kemampuan mereka mencabar kejuaraan liga musim ini di hadapan 50,000 penonton di Stadium San Paolo.

Kedua-dua pasukan bagaimanap­un berterima kasih kepada penjaga gol mereka dengan Samir Handanovic (Inter) dan Pepe Reina, menepis beberapa cubaan bahaya.

“Pemain ini harus mendapat pujian,” kata jurulatih Inter, Luciano Spalletti.

“Hari ini, kami bermain dengan sangat bagus, yang mungkin lebih bagus. Napoli adalah pasukan yang sangat kuat, mereka melakukan beberapa perkara hebat.

“Handanovic juga beraksi cemerlang, begitu juga Reina.

Hari ini, kami bermain dengan sangat bagus, yang mungkin lebih bagus. Napoli adalah pasukan yang sangat kuat, mereka melakukan beberapa perkara hebat. Luciano Spalletti Jurulatih Inter Milan

Kami sedikit terjejas tetapi kami mahu mengekalka­n saingan (kejuaraan liga) dengan sengit.”

Napoli menguasai bola lebih banyak dalam separuh masa pertama tetapi gagal menembusi Handanovic yang menepis cubaan Jose Callejon dan Dries Mertens.

Reina juga menepis cubaan Maurco Icardi dan Borja Valero sebelum rehat.

Napoli kelihatan keletihan dalam separuh masa kedua selepas beraksi di Eropah. Inter, yang tidak beraksi di Eropah musim ini, kelihatan lebih cergas tetapi masih gagal mengambil sepenuh peluang.

Napoli dan Inter akan menentang pasukan dari wilayah Genoa minggu ini.

Napoli akan bertandang ke Genoa sementara Inter menanti kunjungan Sampdoria, yang membelasah Crotone dengan 5-0 untuk naik ke tangga kelima.

Sampdoria, yang kurang satu perlawanan, mendahului 3-0 pada masa rehat dengan Gianmarco Ferrari membuka jaringan seawal minit ketiga sebelum Fabio Quagliarel­la menyempurn­akan tendangan penalti untuk gol kedua pada minit ke-11 dan Gianluca Caprari menjaringk­an gol ketiga sebelum rehat.

Karol Linetty dan pemain gantian, Dawid Kownacki melengkapk­an jaringan untuk mengekalka­n rekod sempurna Sampdoria di tempat sendiri.

“Kami mengharung­i satu tempoh yang baik walaupun jika kami tahu akan sentiasa ada tempoh turun naik dalam satu musim,” kata jurulatih Sampdoria, Marco Giampaolo.

“Kami akan cuba menikmati tempoh baik ini dan tanpa rasa terlalu yakin selepas ini.”

Crotone – bolos 19 gol setakat ini – hanya satu mata di atas zon penyingkir­an selepas kekalahan kelima mereka. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SAMA HANDAL: Icardi (kiri) mengasak penyerang Napoli, Marek Hamsik ketika bersaing pada perlawanan Serie A Itali di Stadium San Paolo, Naples Sabtu lepas.
— Gambar AFP SAMA HANDAL: Icardi (kiri) mengasak penyerang Napoli, Marek Hamsik ketika bersaing pada perlawanan Serie A Itali di Stadium San Paolo, Naples Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia