Utusan Borneo (Sarawak)

PEPSAR berjaya anjur Kursus Sains Sukan Tahap Satu

-

SARATOK: Persatuan Petanque Negeri Sarawak ( PEPSAR) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri (MSN) Sarawak dan Institut Sukan Negara (ISN) Kuala Lumpur serta Akademi

Kejurulati­han Kebangsaan telah menganjur Kursus Sains Sukan Tahap Satu dengan jayanya di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Saratok pada 17 hingga 21 Oktober (kelmarin).

Seramai 47 peserta menyertai kursus itu dan majlis penutupan rasmi telah disempurna­kan oleh Pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS)

Cawangan Kalaka Abadi Hussein yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kalaka merangkap Pengerusi Lembaga Pelanconga­n Sarawak Datuk Abdul Wahab Aziz.

Turut hadir Pengerusi jawatankua­sa kursus mewakili pengarah MSN Sarawak Jubali Suhaili, Setiausaha PEPSAR Janudin Abdul Rahman, Pengawai Akademi

Kejurulati­han Kebangsaan Kuala Lumpur Freddy Affendy, Koordinato­r Sukan Petanque MSN Sarawak Zurema Majenan, Ahli Jawatankua­sa Teknikal Persekutua­n Petanque Malaysia Kuala Lumpur Rasit Desa, Kaunselor Gapor Ahmad, Kaunselor Nasir Manaf dan Presiden Persatuan Petanque Sarawak merangkap penyelaras kursus Abang Shamsudin Abang Ahmad.

Berucap pada majlis penutupan, Abadi berharap sukan petanque akan terus maju di Sarawak dan di negara ini.

Katanya dengan adanya jurulatih bertauliah maka lebih ramai anak Sarawak akan dapat dilatih dalam sukan petanque sekali gus dapat mewakili negara dalam kejohanan di peringkat antarabang­sa seperti Su- kan Asia, Olimpik dan sebagainya.

Dalam pada itu, Janudin berkata, kursus itu disertai peserta seluruh bahagian di Sarawak yang merupakan peserta yang telah lulus Jurulatih Petanque Tahap 1 yang diadakan pada Mac lalu di Bintulu.

Untuk menjadi jurulatih bertauliah katanya, peserta terbabit perlu mengikuti dan lulus Kursus Sains Sukan Tahap 1 untuk membolehka­n mereka menjadi jurulatih bertauliah yang diluluskan ISN.

“Setakat ini hanya ada lima orang sahaja jurulatih bertauliah di Sarawak,” katanya sambil menambah keseluruha­nnya kini seramai 52 jurulatih bertauliah di negeri Sarawak setelah 47 peserta lulus dalam kursus terbabit serta berharap Sarawak akan menjadi kuasa besar dalam sukan petanque di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia