Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar UCTS adakan lawatan sambil belajar ke Guangzhou China

- Oleh Borhaniza Ali Basah (Sumbangan UCTS)

SEKUMPULAN pelajar program Teknologi Makanan dari Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Guangzhou China, baru-baru ini.

Lawatan selama 10 hari itu bermula pada 12 September dan disertai oleh lapan pelajar dan dua pensyarah UCTS iaitu Koh Chen Chung dan Hwong Chia Shing.

Lawatan itu dianjurkan bersama oleh UCTS dan Persatuan Alumni Graduan China Sarawak.

Ia merupakan suatu peluang belajar yang unik buat para pelajar UCTS untuk meluaskan pengetahua­n mereka dalam bidang sains dan teknologi makanan.

Selain itu, ia turut merupakan langkah utama dalam memperkuku­h rancangan pertukaran akademik antarabang­sa antara negara China dan Sarawak demi meningkatk­an mutu pengajaran dan penyelidik­an Program Teknologi Makanan.

Guangzhou (turut dikenali sebagai Canton) ialah pusat pentadbira­n wilayah Guangdong dan sangat terkenal dengan kemajuan teknologi pemprosesa­n makanannya.

Dengan pembanguna­n ekonomi yang pesat, Guangzhou merupakan salah sebuah daripada empat bandar raya terbesar di negara China selain Beijing, Shanghai dan Shenzen.

Ketibaan rombongan telah disambut baik oleh tuan rumah Politeknik Guangdong AIB (GDAIB).

Rombongan telah dibawa melawat 10 syarikat industri makanan, iaitu Zhujiang Biscuits Food Industry, Jiujiang Brewery, Guangzhou Yakult, Wilmar Internatio­nal, Guangdong Bosun Health Food, Eagle-Coin Enterprise­s, Guangdong Meiweixian Seasonings, Zhongshan Juxiangyua­n Food, Guangdong Yantang Milk dan Yingde Shang Mingxuan Tea.

Para pelajar diberi taklimat ringkas mengenai sejarah dan budaya korporat setiap industri yang dikunjungi.

Mereka turut dibawa melawati lojiloji pemprosesa­n yang beroperasi secara automatik.

Umpama kata pepatah Cina, mengembara seribu batu adalah lebih berfaedah daripada membaca seribu naskhah buku.

Para pelajar dapat melihat sendiri teknologi pemprosesa­n makanan yang maju, bukan sekadar mempelajar­inya daripada buku teks.

Di samping itu, rombongan juga melawat dua institusi pengajian tinggi yang terkenal di Guangzhou iaitu ‘Faculty of Food Science and Engineerin­g of South China University of Technology’ dan ‘The Innovation Centre of Guangdong University of Technology’.

Para pelajar diperkenal­kan aktivitiak­tiviti penyelidik­an yang dijalankan di kedua-dua institusi tersebut. Ini membuat pelajar sedar akan kepentinga­n inovasi dan keusahawan­an dalam industri makanan zaman ini.

Selain daripada melawat industri, pelajar telah mengambil kesempatan mengunjung­i tempat-tempat menarik di Guangzhou dan sekitarnya.

Mereka telah melawat Muzium Wilayah Guangdong dan menaiki kapal persiaran menikmati keindahan pemandanga­n malam Sungai Zhujiang.

Mereka berjalanja­lan di sepanjang Dataran Huacheng sambil melihat dari jauh Guangzhou Tower yang mengagumka­n.

Rombongan turut melancong ke Foshan Ancestors’ Temple untuk mengenali riwayat hidup dua tokoh kung fu yang masyhur, iaitu Ye Wen and Huang FeiHong. Mereka menghayati senibina Lingnan ketika menjamu selera di Lingnan New World.

Para pelajar mengakhiri kunjungan dengan melawati Nanfeng Ancient Kiln dan terpesona dengan seni tembikar purba China.

Para pelajar UCTS bukan sahaja melawat, bahkan mempersemb­ahkan nyanyian yang hebat buat ratusan pelajar GDAIB. Mereka mendapat tepukan gemuruh sebaik sahaja tamat pertunjuka­n yang manakjubka­n.

Sebelum berangkat balik ke tanah air, rombongan dan GDAIB mengadakan ‘post-mortem’ untuk membolehka­n para pelajar dan pihak yang terlibat memberi ulasan dan cadangan untuk memperbaik­i lawatan masa akan datang.

Sekumpulan pelajar dan kakitangan akademik dari GDAIB bakal melawat UCTS pada pertengaha­n bulan November.

Bagi membalas keramahan mereka sebagai tuan rumah, pihak UCTS sedang berusaha membuat perancanga­n agar kunjungan yang akan datang itu menjadi sesuatu yang tidak dapat dilupakan buat GDAIB.

 ??  ?? TEMPAT SEJARAH: Rombongan tidak melepaskan peluang melawat Muzium Guangdong.
TEMPAT SEJARAH: Rombongan tidak melepaskan peluang melawat Muzium Guangdong.
 ??  ?? MAKMAL: Koh (kiri) dan Hwong (enam kiri) bersama-sama pelajar melawat makmal di South China University of Technology.
MAKMAL: Koh (kiri) dan Hwong (enam kiri) bersama-sama pelajar melawat makmal di South China University of Technology.
 ??  ?? LAWAT: Bergambar ketika melawat Guangdong University of Technology Innovation Centre.
LAWAT: Bergambar ketika melawat Guangdong University of Technology Innovation Centre.
 ??  ?? KENANGAN: Rombongan merakam kenangan di Yingde Shang Mingxuan Tea.
KENANGAN: Rombongan merakam kenangan di Yingde Shang Mingxuan Tea.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia