Utusan Borneo (Sarawak)

60 pelajar SJK Chung Hua Pangkalan Baru sertai ‘Amazing Green Race’ anjuran Trienekens

-

SEKITAR 60 pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Pangkalan Baru menyertai acara ‘Amazing Green Race’ anjuran Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd dengan sokongan Majlis Perbandara­n Padawan (MPP), baru-baru ini.

Perlumbaan hijau itu merupakan sebahagian daripada program kesedaran pendidikan pemisahan sisa pepejal yang diperkenal­kan kedua-dua pihak di sekolah itu di Jalan Stephen Yong, Batu Kawa.

Pengurus Jabatan Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) Trienekens’, Janet J Balong berkata, kesedaran alam sekitar di kalangan pelajar penting untuk terus diperkukuh bersama pencapaian akademik.

“Perlumbaan hijau ini merupakan salah satu cara kami menggabung­kan kitar semula ke dalam persekitar­an pembelajar­an.

“Kami berharap para pelajar akan belajar untuk menghargai kepentinga­n memelihara sumber semula jadi dan memastikan alam sekitar kekal bersih dengan menguruska­n sisa harian kita secara bertanggun­gjawab dan dengan betul,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Kumpulan pelajar berlumba-lumba menyelesai­kan beberapa tugas yang berkaitan dengan pemelihara­an alam sekitar dan kitar semula.

Kumpulan Dua muncul sebagai pemenang apabila berjaya melengkapa­n tugasan dengan paling pantas manakala Kumpulan Enam dan Kumpulan Empat masing-masing di kedudukan tempat kedua dan ketiga.

Kesemua pemenang membawa pulang hamper dan pingat, yang disampaika­n oleh pegawai MPP Paul Aning, Eksekutif Komunikasi Korporat Trienekens Anthea Lee dan Guru Besar Jong Siaw Hui.

SJK Chung Hua Pangkalan Baru adalah salah satu dari beberapa sekolah yang mengambil bahagian dalam program Kitar Semula dan Pengasinga­n Bahan Buangan Pepejal anjuran bersama MPP dan Trienekens.

Objektif program adalah untuk memperkena­lkan konsep 3R (pengurang, guna semula, kitar semula) dan menyemai tabiat serta amalan mengasingk­an bahan buangan pepejal di kalangan pelajar sekolah.

 ??  ?? PERLUMBAAN HIJAU: Para peserta dan guru merakam kenangan selepas penyampaia­n hadiah. Turut kelihatan ialah Paul (duduk, tujuh kiri), Jong (lapan kiri) dan Lee (lima kanan).
PERLUMBAAN HIJAU: Para peserta dan guru merakam kenangan selepas penyampaia­n hadiah. Turut kelihatan ialah Paul (duduk, tujuh kiri), Jong (lapan kiri) dan Lee (lima kanan).
 ??  ?? BERSIHKAN SUNGAI: Berlumba untuk memancing botol-botol keluar dari kolam sekolah.
BERSIHKAN SUNGAI: Berlumba untuk memancing botol-botol keluar dari kolam sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia