Utusan Borneo (Sarawak)

UiTM ke-158 terbaik Asia-QS Asia University Rankings 2018

-

PERSIAPAN dan latihan selama dua tahun Mohd Asyraff Yusni, 22, akhirnya berbaloi apabila berjaya merangkul pingat gangsa dalam Bidang Teknologi Automatif pada Pertanding­an Kemahiran Dunia (WSC) 2017 di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu baru-baru ini.

Pelajar Kolej Universiti DRB Hicom itu berkata beliau menghabisk­an 12 jam sehari bermula jam 8 pagi hingga 8 malam membuat latihan bagi memperkasa­kan kemahiran mengenal pasti serta memperbaik­i enjin dan sistem kenderaan.

Kesemua peserta diberi tugasan termasuk mengenal pasti dan memperbaik­i enjin kereta rosak serta kerosakan pada bahagian brek kenderaan dalam tempoh dua jam. “Keadaan ketika pertanding­an itu sungguh mencabar...saya amat resah sehingga makan tak lalu dan tidur tidak lena.

Namun semuanya berbaloi apabila berjaya mengharumk­an nama Malaysia,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, kelmarin.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot menyambut kepulangan kontinjen Malaysia yang diketuai Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Mutalib di KLIA.

Mohd Asyraff menerima insentif RM10,000 dan dianugerah­kan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia serta diisytihar sebagai peserta terbaik Malaysia (Best of Nation) selain membawa pulang wang tunai RM4,000 bakal melanjutka­n pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Automotif Teknologi dengan biasiswa Yayasan Proton. — Bernama UNIVERSITI Teknologi MARA (UiTM) menjadi universiti ke-158 terbaik di rantau Asia daripada 11,900 universiti yang ada, berdasarka­n laporan Quacquarel­li Symonds (QS) Asia University Rankings 2018.

Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said berkata UiTM terus meningkat kedudukann­ya apabila laporan itu turut menyenarai­kan universiti tersebut antara 1.3 peratus universiti teratas di Asia.

“Menerusi laporan itu, UiTM mencatatka­n lonjakkan 23 tangga untuk menjadi universiti ke-158 terbaik di Asia.

“Antara penunjuk utama yang banyak menunjukka­n peningkata­n adalah reputasi majikan iaitu sebanyak 55.7 markah berbanding 44.8 pada 2017,” katanya dalam satu kenyataan di Shah Alam, baru-baru ini.

Beliau berkata dua lagi penunjuk utama yang meningkat ialah kertas penyelidik­an setiap ahli akademik dan reputasi akademik.

Katanya, keputusan itu turut menunjukka­n tahap kebolehpas­aran tinggi graduan UiTM dan kepercayaa­n pihak industri bahawa graduan universiti ini berkualiti tinggi dengan memenuhi keperluan skil dan pengetahua­n masa kini.

Dalam pada itu Hassan berkata, keputusan laporan itu akan menjadi pemangkin kepada universiti dalam usaha untuk terus mendidik pelajar sekali gus menghasilk­an graduan Bumiputera yang holistik dan seimbang.

“Graduan UiTM juga akan diberi penekanan kepada aspek inovasi dalam keusahawan­an supaya mereka juga mampu untuk mencipta kerjaya pada masa depan,” katanya.

Asia University Rankings akan membuat penarafan universiti di peringkat serantau dan dunia berdasarka­n kepada 10 indikator termasuk reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah pelajar kepada fakulti dan staf yang berkelayak­an doktor falsafah (PhD). — Bernama KULLIYYAH Pergigian Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) menyasarka­n untuk mewujudkan program pascasiswa­zah dalam bidang itu bermula pada tahun depan bagi memenuhi permintaan pelajar dan pasaran pekerjaan di negara ini.

Rektor UIAM Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamarudin berkata program sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) itu amat penting dalam pembanguna­n dan kemajuan kulliyyah berkenaan. “Kita sudah 10 tahun dalam bidang pergigian dan Dekan Kulliyyah Pergigian memaklumka­n kepada saya bahawa mereka memerlukan sesuatu yang baharu, justeru baru-baru ini mereka menghantar cadangan kepada senat iaitu badan tertinggi untuk melaksanak­an program sarjana dan PhD.

“Walaupun ia baharu dikemukaka­n, persiapan kurikulumn­ya sudah lama dimulakan bagi memastikan program ditawarkan berbeza dengan universiti lain,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Persidanga­n Antarabang­sa Pergigian kali pertama anjuran UIAM dan Tourism Pahang di Kuantan baru-baru ini.

Majlis perasmian program dua hari itu disempurna­kan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Sumber Manusia dan TugasTugas Khas Negeri Datuk Norol Azali Sulaiman, Pengurus Besar Tourism Pahang Datuk Ishak Mokhtar dan Pengarah Kampus UIAM Kuantan Prof Datuk Dr Tariq Abdul Razak.

Persidanga­n yang julung kali diadakan itu menghimpun­kan 500 pengamal bidang pergigian termasuk dari luar negara bagi membincang­kan tentang masa depan dunia pergigian di samping membantu mempromosi sektor pelanconga­n Pahang.

Mengulas lanjut, Dr Zaleha berkata setakat ini kebolehpas­aran graduan kulliyyah pergigian daripada universiti itu adalah membanggak­an dengan mencatat 100 peratus.

“Berdasarka­n rekod cemerlang ini, ramai memohon untuk menyertai program kami tetapi kita terpaksa melakukan pemilihan dengan mengambil yang terbaik bagi menjaga kualiti.

“Difahamkan 90 peratus berjaya mendapatka­n pekerjaan di sektor kerajaan dan selebihnya berkhidmat dalam tentera dan swasta, manakala bagi pelajar luar negara, mereka dipilih jika ada keperluan bidang ini di negara mereka,” katanya.

Beliau mengakui Malaysia masih kekurangan tenaga kerja profesiona­l dalam bidang pergigian, namun ia ditampung oleh graduan dari negara-negara yang masih bergolak.

“Alhamdulil­lah graduan dari Iraq dan Syria dapat datang ke sini untuk membantu kita mengatasi kekurangan tenaga kerja profesiona­l seperti pensyarah. Ini bermakna kita membantu mereka, dan mereka membantu kita,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia