Utusan Borneo (Sarawak)

Harga MSM antara RM2,550-RM2,650 satu tan

-

KUALA LUMPUR: Harga dagangan niaga hadapan minyak sawit mentah ( MSM) di Bursa Malaysia Derivative­s dijangka antara RM2,550 dan RM2,650 satu tan pada minggu ini, kata seorang peniaga.

Peniaga Kanan Minyak Sawit Interband Group of Companies, Jim Teh berkata harga MSM itu akan turut didorong oleh permintaan luar negara khususnya dari negara- negara Eropah.

“Pasaran MSM sememan- gnya baik dan berjalan lancar pada masa ini,” katanya kepada Bernama.

Seorang peniaga lain pula berkata, pengeluara­n dari Malaysia dan Indonesia dijangka akan meningkat pada 2018.

“Pengeluara­n komoditi itu di Malaysia boleh mencecah paras 4.5 peratus kepada 19.97 juta tan pada tahun depan manakala di Indonesia, ia boleh berkembang sebanyak 8.8 peratus kepada 36.5 juta dan 37 juta tan,” katanya.

Sementara itu, mengikut laporan, firma jurunilai kargo Intertek Testing Services berkata eksport produk minyak sawit Malaysia pada separuh pertama bulan Oktober menokok sebanyak 10.3 peratus berbanding tempoh sama bulan lepas.

Bagi asas Jumaat- ke- Jumaat, kontrak November 2017 susut sebanyak RM26 kepada RM2,724 satu tan; Disember 2017 turun RM20 kepada RM2,729 satu tan; Januari 2018 merosot RM16 kepada RM2,741 satu tan manakala Februari 2018 berkuranga­n RM10 kepada RM2,749 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan pula berkuranga­n kepada 90,949 lot daripada 94,856 lot manakala kepentinga­n terbuka merosot kepada 256,872 kontrak berbanding 276,291 kontrak.

Di pasaran fizikal, Oktober Selatan berkuranga­n RM10 kepada RM2,740 satu tan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia