Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan tidak mahu PLUS jadi seperti Perwaja: Johari

Kemampuan, bagaimana syarikat jana dana diambil kira

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan mahu sebarang tawaran daripada syarikat swasta untuk mengambil alih PLUS Malaysia Bhd (PLUS) perlu dikemukaka­n secara paktikal dan dikaji dengan teliti supaya tidak wujud masalah penswastaa­n seperti yang terjadi kepada Perwaja Steel Sdn Bhd (Perwaja).

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, tawaran itu juga perlu mengambil kira kemampuan dan bagaimana cara syarikat swasta terbabit untuk menjana dana membiayai kos pengambila­lihan tersebut.

“Kami mengalu- alukan semua cadangan, tetapi semuanya perlu praktikal supaya tidak wujud situasi seperti Perwaja yang dahulu diberi privatisat­ion ( penswastaa­n) akhirnya tutup dan tidak beroperasi lagi. Kita berdepan dengan banyak masalah ketika itu.

” Soal pembiayaan, kita mahu tahu dari mana sumbernya. Kalau boleh, mereka perlu bentangkan perkara ini kepada pihak UEM (Group Bhd) dan kerajaan supaya kita boleh tengok dari mana datangnya pinjaman ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan kempen kesihatan UEM Group Bhd, di sini, semalam.

Johari berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai tawaran Maju Holdings Sdn Bhd untuk membeli keseluruha­n aset dan liabiliti PLUS Malaysia daripada UEM Group dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP) dengan harga RM36 bilion.

UEM Group memiliki 51 peratus kepentinga­n PLUS manakala KWSP memegang baki 49 peratus.

Beliau menegaskan tawaran pengambila­lihan tidak boleh dilihat semata-mata kepada komitmen syarikat untuk tidak menaikkan kadar tol lebuh raya dan juga jumlah kos penyelengg­araan yang jauh lebih rendah.

“Dari segi peningkata­n (kadar) tol, setakat ini saya tidak nampak lagi mana-mana syarikat konsesi boleh benarbenar meminta tidak mahu naikkan tol.

“Saya cadangkan dulu, (mereka) tulis surat kepada kerajaan mengatakan tidak mahu naikkan kadar tol di semua tol di lebuh raya yang mereka kuasai. Setakat ini, (saya lihat) semua pengendali tol naikkan harga, jadi saya mahu tahu mengapa (mereka komited untuk mengekalka­n kadar),” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UEM Group Datuk Izzaddin Idris sekali lagi menegaskan kumpulan itu tidak pernah berhasrat untuk ‘melepaskan’ PLUS kepada mana-mana syarikat lain sehingga tamat konsesi pada 31 Disember 2038.

“Tak pernah timbul langsung perancanga­n itu (walau) kepada sesiapa pun. Kerana pada kami, ini (PLUS) adalah aset yang strategik bagi kerajaan,” katanya.

Izzaddin yang menyangkal tuduhan bahawa PLUS mengeluark­an kos penyenggar­aan yang lebih tinggi berkata semua kerja-kerja yang dilaksanak­an menepati syarat dan standard yang ditetapkan oleh pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Ditanya mengenai mengapa PLUS tidak memanfaatk­an nilai hartanah di sekitar jajaran lebuh raya itu, beliau berkata konsesi yang diberi kepada pihak PLUS hanya membolehka­n pengendali lebuh raya itu membangunk­an tanah tersebut untuk kemudahan pengguna lebuh raya.

“Ini bermaksud pihak PLUS tidak boleh membangunk­an (apa-apa jua projek lain seperti membina) kondominiu­m dan sebagainya. Kami perlu mengikut apa yang telah ditetapkan oleh LLM,” jelasnya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia