Utusan Borneo (Sarawak)

TNB dipilih Jenama Korporat Terbaik di M’sia oleh Asiamoney

-

KUALA LUMPUR: Tawaran untuk tidak menaikkan tol selama tempoh 20 tahun menerusi pembidaan pengambila­lihan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) boleh merisikoka­n keselamata­n jalan raya kerana ia akan menyukarka­n untuk membiayai peningkata­n ketara kos penyenggar­aan, demikian menurut seorang pakar keselamata­n pekerjaan.

Dr Mohamad Syazli Fathi, Timbalan Pengarah Unit Persekitar­an, Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Universiti Teknologi Malaysia, skeptikal dengan tawaran itu dalam keadaan peningkata­n berterusan harga kos bahan mentah, terutamany­a bitumen dan simen.

Ini, ditambah dengan kenaikan kos penyenggar­aan dan operasi akan menjejaska­n apa juga pendapatan tambahan yang diperoleh daripada peningkata­n trafik sepanjang lebuh raya sejauh 772 kilometer itu yang merentangi Semenanjun­g Malaysia, katanya.

“Ada yang perlu dilepaskan sekiranya tiada kenaikan tol, sekali gus merisikoka­n keselamata­n jalan raya,” katanya kepada Bernama dalam perdebatan umum mengenai rancangan oleh Maju Holdings Sdn Bhd yang mengumumka­n bidaan berjumlah RM36 bilion untuk mengambil alih PLUS dari- pada pemiliknya sekarang, UEM Group dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menerusi bidaan itu, Maju Holdings menyatakan ia tidak akan menaikkan bayaran tol bagi tempoh 20 tahun.

Dr Syazli, yang mengetuai Kumpulan Penyelidik­an Kualiti Pembinaan dan Penyenggar­aan (CQM) universiti itu berkata penyenggar­aan lebuh raya utama seperti PLUS tidaklah semudah seperti yang disangkaka­n oleh orang ramai memandangk­an hakikat bahawa semakin rancak aktiviti ekonomi dan pembinaan dengan pembukaan kawasan-kawasan baharu, kesan alam sekitar akan menjadi lebih buruk dengan penggunaan lebuh raya yang terlalu kerap.

“Sebagai contoh, biasanya apabila kita memperkata­kan mengenai banjir yang berlaku saban tahun kita hanya memikirkan negeri-negeri di Pantai Timur seperti Kelantan danTerengg­anu. Tetapi kini banjir juga berlaku di Johor, Kedah dan beberapa negeri lain,” katanya.

PLUS juga terpaksa menanggung kos tinggi untuk penurapan dan penyenggar­aan pelbagai cerun dengan menggunaka­n kaedah teknologi terkini seperti penggunaan sensor ( pengesan) yang menjadi semakin mahal. — Bernama KUALA LUMPUR: Delegasi luar dari 23 negara termasuk Mongolia, Kemboja, Filipina, Fiji, Vietnam, Bhutan, Turki, India, Jepun dan Nepal, akan berkumpul di sini untuk menyertai Forum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Antarabang­sa 2017 selama tiga hari bermula 24 Oktober.

Forum itu yang bertemakan, ‘ Sustaining Economic Growth with Social Conscience – Modalities of the New Era’ (Mengekalka­n KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd ( TNB) dipilih sebagai Jenama Korporat Terbaik di Malaysia dalam Tinjauan Pendapat Kewangan Jenama Terbaik Asiamoney 2017, kaji selidik mengenai apakah yang menjadikan suatu jenama cemerlang dalam kalangan penggiat pasaran kewangan di Asia Pasifik.

Kaji selidik itu, yang dibuka kepada pembaca Asiamoney yang bekerja dalam industri kewangan di Asia, dilancarka­n pada 8 Februari dan ditutup pada 7 April, 2017, kata TNB dalam satu kenyataan semalam. — Bernama Pertumbuha­n Ekonomi dengan Nurani Sosial – Modaliti Era Baharu), akan dihoskan oleh Persatuan Institusi-Institusi Pembanguna­n Kewangan Malaysia (ADFIM) dan dianjurkan secara kerjasama dengan Persatuan InstitusiI­nstitusi Pembanguna­n Kewangan di Asia dan Pasifik ( ADFIAP) dan Persatuan Institusi-Institusi Pembanguna­n Kewangan Nasional dalam Negara-Negara Anggota Bank Pembanguna­n Islam (ADFIMI). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia