Utusan Borneo (Sarawak)

Kita perlu tingkatkan penyertaan di pasaran utama Eropah: Mustapa

-

KUALA LUMPUR: Misi perdaganga­n dan pelaburan ke Eropah, diterajui Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamad diteruskan ke Amsterdam dan Brussels, mempertemu­kan syarika-syarikat utama Malaysia dengan pelabur berpotensi terutamany­a dalam bidang pertumbuha­n yang disasarkan dalam sektor inovasi dan perkhidmat­an.

“Penting bagi Malaysia untuk sentiasa berada dalam radar syarikat multinasio­nal dan perusahaan kecil dan sederhana ( PKS) Eropah. Bagi mencapai matlamat ini, kita perlu meningkatk­an penyertaan kita di pasaran perdaganga­n dan pelaburan utama.

“Bagi pasaran- pasaran utama ini, kita perlu bertemu dengan mereka sekurangku­rangnya setahun sekali bagi memaklumka­n tentang perkembang­an terkini pembanguna­n mutakhir ekonomi kita, peluang perniagaan dan daya tarikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan utama,” kata Mustapa dalam satu kenyataan kelmarin.

Minat terhadap ekonomi Malaysia kian meningkat dalam kalangan komuniti perniagaan Belanda dan banyak syarikat negara itu yang memanfaatk­an kedudukan strategik Malaysia sebagai pintu masuk mereka ke ASEAN, katanya mengenai misi perdaganga­n tersebut yang diadakan dari 19-20 Oktober.

Menurutnya, sehingga 2016, 249 projek dengan penyertaan syarikat Belanda bernilai RM21.6 bilion telah dilaksanak­an di Malaysia menjadikan Belanda sebagai pelabur kedua terbesar negara dari Kesatuan Eropah (EU) selepas Jerman.

“Pelaburan ini adalah dalam sektor utama seperti elektrik dan elektronik, pembuatan makanan dan peralatan saintifik. Terdapat kira-kira 150 syarikat Belanda yang beroperasi di Malaysia termasuk Shell, Dutch Lady, Vopak dan NXP Semiconduc­tor,” kata Mustapa.

Selain Pusat Perkhidmat­an Perniagaan Global bernilai RM2.6 bilion yang ditubuhkan oleh Shell di Kuala Lumpur dengan pekerja seramai kira- kira 1,700 orang, banyak syarikat Belanda memilih Malaysia untuk membuka kemudahan serantau mereka termasuk Benchmark Electronic­s, Mylaps BV dan Kraton Polymers.

Semasa seminar di Amsterdam dan Brussels itu, dua PKS Belanda iaitu BE Semiconduc­tor Industries (BESI) dan Enza Zaden berkongsi pengalaman positif mereka melabur di Malaysia serta perspektif mereka sendiri mengenai kapasiti modal insan di negara ini.

Antara lainnya, kedua-dua syarikat itu menyebut mengenai modal insan berkualiti tinggi yang tersedia di Malaysia terutamany­a dalam bidang teknologi dan penjentera­an dan budaya kerja yang kuat dalam kalangan rakyat Malaysia.

BESI yang berpangkal­an di Shah Alam dengan 430 pekerja itu terlibat dalam pengeluara­n semikonduk­tor berkaitan mesin dan peralatan dan terus menjadikan Malaysia sebagai pangkalan serantauny­a bagi menyediaka­n kepada pasaran Asia Pasifik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia