Utusan Borneo (Sarawak)

Pelantikan Kapten Izham tepat, kata Idris Jala

-

KUALA LUMPUR: Pelantikan Kapten Izham Ismail sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Malaysia Airlines Bhd adalah tepat sejajar dengan pengalaman luas yang dimilikiny­a.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PEMANDU Associates Sdn Bhd, Datuk Seri Idris Jala juga menyifatka­n Izham yang berpengala­man lebih 30 tahun dalam bidang penerbanga­n, juga mahir dengan industri itu serta dihormati oleh ramai juruterban­g dan rakan-rakannya.

“Kapten Izham adalah lelaki yang baik. Sewaktu saya menjadi CEO Malaysia Airlines, beliau menerajui inisiatif untuk mengurangk­an penggunaan bahan api.

“Beliau adalah individu yang bertenaga, didorong oleh (kerja-kerja berasaskan) data serta sentiasa bersedia untuk mengambil tindakan seterusnya.

“Saya sendiri amat mengagumin­ya. Kita berharap beliau dapat mencatat kejayaan di situ (Malaysia Airlines),” katanya kepada pemberita di luar Forum Ekonomi Belia 2017, di sini, kelmarin.

Ditanya sama ada Izham dapat membantu dalam usaha pemulihan Malaysia Airlines selepas mengambil alih tugas daripada Peter Bellew, Idris berkata: “Anda perlu tunggu dan lihat”.

“Malah, keputusan pihak Lembaga Pengarah memilih serta menamakan beliau sebagai CEO juga menunjukka­n bahawa mereka yakin dengan tindakan itu.

“Lebih- lebih lagi beliau adalah COO (Ketua Pegawai Operasi) iaitu orang nombor dua (dalam Malaysia Airlines) selepas Peter Bellew.

“Oleh itu, berdasarka­n pengumuman itu sudah jelas bahawa mereka mempersiap­kan beliau untuk menjadi CEO.”

Idris juga menyifatka­n dakwaan kononnya kerajaan dan Khazanah Nasional Bhd campur tangan dalam Malaysia Airlines juga bukan lagi satu isu selepas Khazanah bertindak mengeluark­an kenyataan manakala Bellew juga sudah menjelaska­n perkara sama. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia