Utusan Borneo (Sarawak)

Pembunuhan Caruana Galizia tuntut hapuskan politik berpuak

-

VALLETTA: Rakyat yang mengabungi pembunuhan Daphne Caruana Galizia menuntut agar politik berpuak-puak yang begitu berakar di Malta diketepika­n supaya negara pulau itu dapat mula memulihkan lukalukany­a.

Kejutan awal ekoran pembunuhan bom kereta pada Isnin lepas kini berubah kepada tuntutan bagi barisan yang bersatu – dengan puluhan ribu orang, yang mengetepik­an kesetiaan kepada parti, yang menyertai rapat umum kebangsaan semalam untuk menuntut keadilan bagi wartawan tersebut.

Blog antirasuah Caruana Galizia menerangi sudut politik yang kelam di Malta, yang menggegark­an kerajaan Buruh dan baru- baru ini, musuh ketat mereka dalam pembangkan­g Nasionalis.

K e l m a r i n k e r a j a a n menawarkan hadiah sebanyak 1 juta euro (RM4.8 juta) bagi maklumat yang membawa kepada penangkapa­n mereka yang bertanggun­gjawab, dengan menyatakan ia “komited sepenuhnya untuk menyelesai­kan pembunuhan itu” dan “membawa mereka yang bertanggun­gjawab ke muka pengadilan”.

“Tatkala kita melihat protes berkembang, kita sedar tentang apa yang telah diperjuang­kan dari segi memelihara demokrasi,” kata Geraldine Spiteri, seorang daripada ramai orang yang memberi penghormat­an kepada Caruana Galizia di satu penghormat­an bunga, lilin dan pesan yang semakin meningkat di ibu negara Malta, Valletta.

“O r a n g d i M a l t a mempolitik­kan setiap isu,” kata peguam itu, yang menyebut tentang “mentaliti berpuak- puak yang mendalam, sesuatu yang sangat membimbang­kan”.

“Namun perkara tertentu pergi lebih jauh daripada itu. Saya menggalakk­an orang untuk hadir Ahad ini dan menunjukka­n kepada mereka yang berkuasa, dari keduadua pihak, bahawa rakyat bimbang.”

Politik Malta dibahagika­n antara Parti Buruh haluan kiri tengah pimpinan Perdana Menteri Joseph Muscat, dan golongan Nasionalis berhaluan kanan tengah.

Kesetiaan kepada parti keluarga adalah kuat. Menjelang pilihan raya, keluarga boleh menjangkak­an lawatan peribadi untuk memastikan mereka keluar mengundi beramai-ramai.

Dengan undi yang agak terjamin, mengutip mata kepartian boleh diutamakan lebih daripada menegakkan institusi demokratik di kepulauan Mediterran­ean itu.

Pembunuhan Caruana Galizia memburukka­n lagi pergaduhan ahli-ahli politik yang berpuak-puak.

Carmelo Pace, seorang pekerja kilang yang sudah bersara, mengakui rajin membaca blog Caruana Galizia.

“Saya tidak menyokong kerajaan, saya menyokong pembangkan­g, tetapi mereka hanya menuding jari sahaja kepada satu sama lain,” kata lelaki berusia 74 tahun itu, dan menambah ahli politik yang meratapi kematianny­a hanya menitiskan “air mata buaya”.

Caruana Galizia, 53, membuat dakwaan yang panas mengenai rasuah k e w a n g a n t e r h a d a p l i n g k u n g a n d a l a m a n Muscat, amnya berdasarka­n kebocoran Panama Papers, yang memaksa Muscat untuk mengumumka­n pilihan raya tergempar pada Jun lalu – yang beliau menangi dengan selesa.

Caruana Galizia barubaru ini mengalih tumpuan kepada Adrian Delia, ketua baharu Parti Nasionalis, yang sehingga sekarang cuba mengambil kesempatan ke atas dakwaannya.

Kurt Sansone, pengarang dalam talian bagi akhbar Malta Today, berkata selepas pembunuhan­nya, perpecahan politik sejak sekian lama di negara itu perlu ditangani.

“Polarisasi ini tidak membantu kerana institusi kita perlu diperkuatk­an lagi. Ini bukan situasi yang bermula beberapa tahun lalu,” katanya kepada AFP.

“Harapan sekarang ialah agar polis dan majistret dapat menyelesai­kan kes ini. Negara memerlukan jawapan untuk kita maju ke depan.”

Akhbar di negara terkecil dalam Kesatuan Eropah itu menyiarkan muka depan yang sama semalam, di bawah slogan “pena mengatasi ketakutan”.

Beberapa jam selepas berada di pasaran, demonstras­i nasional bagi keadilan yang dianjurkan oleh masyarakat berarak menerusi jalanjalan bersejarah di Valletta. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TUNTUT KEADILAN: Peguam veteran dan penulis blog Andrew Borg Cardona (tengah) ditemani oleh ahli parlimen dan peguam bediri di luar mahkamah di Valletta, Malta, baru-baru ini, semasa protes menuntut keadilan sehari selepas pembunuhan wartawan Daphne...
— Gambar AFP TUNTUT KEADILAN: Peguam veteran dan penulis blog Andrew Borg Cardona (tengah) ditemani oleh ahli parlimen dan peguam bediri di luar mahkamah di Valletta, Malta, baru-baru ini, semasa protes menuntut keadilan sehari selepas pembunuhan wartawan Daphne...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia