Utusan Borneo (Sarawak)

13 anggota keselamata­n maut dalam serangan terbaharu di Niger

-

NIAMEY: Seramai 13 anggota polis separa tentera maut kelmarin dalam serangan baharu di barat daya Niger yang bergolak, hanya beberapa minggu sahaja selepas serangan hendap berdarah ke atas sepasukan peronda bersama Amerika Syarikat (AS)-Niger.

Wilayahyan­gbersempad­an dengan Mali itu sudah menghadapi beberapa serangan oleh puak pelampau baru-baru ini.

Serangan subuh kelmarin berlaku di bandar Ayorou dalam wilayah Tillaberi, 200 kilometer ke barat laut ibu negara Niamey.

“Polis Ayorou menjadi subjek serangan pengganas yang dilakukan oleh anasir bersenjata tidak dikenali dalam kenderaan dan atas motosikal,” kata jurucakap kementeria­n pertahanan Kolonel Amadou Samba Gagara dalam televisyen awam.

“Penilaian sementara adalah seperti berikut: 13 askar terkorban dan lima lagi cedera.”

Sumber keselamata­n berkata penyerang tiba dalam lima kenderaan dan lari apabila tentera tambahan tiba.

Penduduk kampung melihat mereka pergi sambil membawa mayat.

Pada 4 Oktober lalu, empat askar AS dan empat askar Niger maut dalam apa yang disebut oleh Niamey sebagai “serangan pengganas” yang mengesahka­n kewujudan tentera AS yang tidak diketahui ramai dalam kawasan bergolak itu sebagai sebahagian daripada operasi antiterori­sme.

Sumber itu kelmarin memberitah­u, seorang ketua kampung sudah ditangkap berhubung serangan itu.

“Ketua ( kampung) Tongo Tongo pada asasnya ditangkap selepas serangan 4 Oktober lalu kerana ‘bersubahat’ dengan penyerang,” kata sumber keselamata­n itu kepada AFP.

Dia berkata ketua itu “m e l e n g a h k a n s a t u mesyuarat selama beberapa minit”, ketika ketua-ketua tempatan berkumpul untuk berjumpa dengan askar AS, dan ini telah membantu serangan hendap dengan memberi peluang kepada penyerang untuk melancarka­n serangan mereka.

Karimou Soumana, seorang penggubal undangunda­ng wilayah Tillaberi, mengesahka­n penangkapa­n itu kepada parlimen dan berkata ketua berkenaan digesa untuk mendedahka­n lokasi penyerang.

Niamey dan Washington sebelum itu menyatakan mereka percaya beberapa p e g a w a i t e m p a t a n “bersubahat” dengan pelampau jihad.

Wilayah Tallaberi semakin tidak stabil disebabkan oleh banyak serangan berdarah yang dikaitkan dengan kumpulan pelampau jihad yang kerap menyasari kedudukan tentera dan kem pelarian.

Pada pertengaha­n Mei, penyerang tidak dikenali menyerang polis Ayorou yang sama tanpa menyebabka­n sebarang kematian.

Pada Jumaat lepas, parlimen menyetujui lanjutan keadaan darurat selama tiga bulan lagi di barat Niger disebabkan oleh “ancaman berterusan” dari kumpulan bersenjata.

Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu ( PBB) pada minggu ini brkata ia sudah mendokumen­kan “sekurang- kurangnya 46 serangan” di Niger sejak Februari 2016.

Selain pergolakan di sepanjang sempadan Mali, negara itu juga berdepan dengan serangan dari kumpulan pelampau Islam Nigeria, Boko Haram, di sepanjang sempadan tenggara dengan Nigeria.

Pada Jun lalu, Niger menubuhkan operasi yang terdiri daripada 245 lelaki untuk menentang puak pelampau tetapi belum lagi melaporkan tentang kemajuanny­a.

Menteri Hal Ehwal Luar Mali, Abdoulaye Diop, menegaskan di hadapan Majlis Keselamata­n PBB di New York pada bulan ini tentang keperluan segera untuk membantu sebuah pasukan keselamata­n antarabang­sa baharu memulakan tugas.

Perikatan dipanggil ‘ G5 Sahel’ yang terdiri daripada Burkina Faso, Chad, Mali, Mauritania dan Niger – negara-negara yang terjejas teruk disebabkan oleh serangan pelampau jihad tetapi mempunyai sumber ketenteraa­n yang sedikit – telah berikrar untuk menentang keganasan tetapi menghadapi masalah pembiayaan.

Mali sudah menjadi negara yang khususnya sentiasa bergolak sejak 2012 apabila kumpulan pelampau jihad menawan seluruh utara negara.

Seluruh zon masih terlepas daripada kawalan tentera Mali dan asing, walaupun campur tangan ketenteraa­n dibuat oleh Perancis pada 2013. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia