Utusan Borneo (Sarawak)

Mayat dua nelayan mangsa kapal tunda tenggelam ditemui

-

SYDNEY: Penyelam polis Australia telah menemui mayat dua nelayan dari sebuah kapal tunda yang tenggelam dan semalam sedang mencari empat lagi yang masih hilang sejak bot tersebut terbalik hampir seminggu lepas.

Bot pukat tunda komersil dengan tujuh orang di dalamnya telah karam ketika laut bergelora di luar pantai wilayah tengah Queensland pada Isnin lepas.

Anggota penyelamat telah memeriksa kawasan perairan berhampira­n dengan Middle Island, di utara pekan Seventeen Seventy, namun hanya seorang anggota kru yang ditemui masih hidup.

Ruben McDornan telah diselamatk­an oleh sebuah kapal layar yang melalui kawasan tersebut selepas hanyut di perairan selama beberapa jam di laut dalam tanpa jaket keselamata­n, lapor Courier Mail di Queensland.

M c D o r n a n t e l a h memberitah­u anggota penyelamat beliau telah mendengar rakan kru lain yang cuba untuk keluar dari kabin bot kapal tunda tersebut.

Dua mayat telah ditemui pada lewat kelmarin selepas bot “Dianne” telah dikesan oleh sonar terdampar di dasar laut pada kedalaman 30 meter, menurut polis Queensland.

Identiti kedua- dua mereka masih belum disahkan.

Pihak polis menyatakan mereka akan terus mencari bagi anggota kru yang lain semalam, sambil menambah bahawa usaha mereka telah dihalang oleh serpihan dan tahap penglihata­n yang kurang baik.

“Pakar penyelam polis hanya mampu untuk berada di dalam air selama 13 minit dan sepanjang masa 13 minit itu telah dihabiskan untuk mengalihka­n serpihan dari bangkai kapal,” tambah mereka.

Penyelamat McDornan padamulany­amemberita­hu Courier Mail ia merupakan “nasib baik” apabila mereka telah mengesan lelaki berusia 32 tahun ketika menggerakk­an kapal mereka ke kawasan air yang lebih tenang bagi mengelakka­n keadaan cuaca buruk.

“beliau letih, beliau k e p e n a t a n , b e l i a u menggigil, mengalami dihidrasi dan sedang cuba bertahan,” anggota penyelamat dinamakan oleh akhbar sebagai Lyn, berkata, sambil menambah bahawa McDornan telah berdepan dengan ombak setinggi dua hingga tiga meter.

“Beliau sangat bernasib baik. Beliau telah berada di laluan ke mana kami merancang untuk pergi.

“B e l i a u s e o r a n g pemuda yang sihat, yang membolehka­n beliau mampu bertahan, kerana keadaan ombak yang teruk.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia