Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas presiden Amerika bersatu tenaga kutip wang untuk mangsa hurikan

-

COLLEGE STATION: Kesemua lima bekas presiden Amerika yang masih hidup telah naik ke pentas kelmarin dalam satu konsert amal di Texas bagi mengumpulk­an wang untuk mangsa-mangsa di selatan Amerika Syarikat dan Caribbean yang dibadai oleh hurikan.

Bekas presiden seperti Barack Obama, George W. Bush, Bill Clinton, George H.W.

Bush dan Jimmy Carter muncul bersama- sama di atas pentas di Texas A&M, memuji rakyat Amerika bagi kesanggupa­n mereka untuk membantu rakan penduduk lain dan menggesa mereka agar melakukan lebih banyak lagi.

Usaha oleh tiga orang ahli politik Demokrat dan dua dari Republikan telah mengumpulk­an lebih dari $ 31 juta daripada 80,000 penderma bagi mangsa akibat hurikan Harvey, Irma dan Maria, menurut pihak dari pejabat George H.W. Bush.

“Semua kami di atas pentas ini pada malam ini berasa sangat bangga dengan respons daripada rakyat Amerika. Ketika mereka melihat jiranjiran mereka dan melihat rakan-rakan mereka, mereka melihat orang asing yang memerlukan bantuan, rakyat Amerika telah segera bertindak,” jelas Obama.

“Ma r i l a h se m u a bekerjasam­a dan menjadikan Amerika sebagai sebuah negara sukarelawa­n yang lebih hebat,” kata Carter, melakukan satu aksi bagi slogan kempen Presiden Donald Trump “Make America Great Again”.

Penduduk Georgia itu menyatakan bahawa Habitat for Humanity, sebuah badan bukan perniagaan yang beliau lakukan selama 36 tahun, akan membina sebanyak 6,000 rumah di kawasan yang teruk dilanda. Ia telah mengumpulk­an sebanyak $20 juta dari $100 juta yang diharapkan, kata beliau lagi.

Serta “saya juga berada di sini bagi menggesa anda untuk menderma kepada dana ini, dan saya ingin untuk mengucapka­n terima kasih kepada semua anggota sukarelawa­n,” menurut Bush yang lebih muda.

“Masih ada tugas yang harus dilakukan,” kata Clinton. “ia akan menjadi satu permulaan yang baharu sekiranya kita hanya melakukan apa yang kita dapat lakukan dan membuktika­n bahawa hari penduduk Amerika, tanpa mengira kaum atau agama mahupun parti politik, adalah lebih besar berbanding masalah kami.”

Bekas wanita pertama Barbara dan Laura Bush turut menghadiri acara tersebut, begitu juga dengan timbalan presiden Dick Cheney, bekas setiausaha negara James A. Baker, Senator Ted Cruz dan Gabenor Texas Greg Abbott.

Lady Gaga telah melakukan satu persembaha­n mengejut da l a m ko n s e r t it u , mengumumka­n bahawa beliau akan melakukan satu sumbangan sebanyak $1 juta dan bahawa satu “program menghadapi trauma emosional dan kesihatan mental” akan dilaksanak­an bagi mangsamang­sa hurikan.

“Kesakitan adalah satu penyamaan. Dan dalam satu masa bencana, kita semua mengetepik­an perbezaan kita dan kita hadir bersama, kerana kita memerlukan satu sama lain, atau kita tidak akan bertahan,” kata beliau.

Lee Greenwood telah memulakan konsert dan bertindak sebagai ketua acara, bertajuk “Deep From the Heart: The One America Appeal,” yang turut menampilka­n beberapa artis termasuk The Gatlin Brothers, Yolanda Adams, Robert Earl Keen dan Sam Moore.

Trump tidak menghadiri konsert tersebut, namun memuji usaha tersebut dalam satu mesej rakaman video yang dikeluarka­n sebelum itu, menggelar ia sebagai satu “usaha yang menakjubka­n dan penting.”

“Ketika kita mula untuk bangkit semula, sebahagian dari kakitangan awam terbaik Amerika telah melakukan One America Appeal,” menurut Trump, yang mana respons pentadbira­nnya terhadap kerosakan ribut kuat di Puerto Rico telah mendapat kecaman.

“Melania dan saya ingin untuk menyuaraka­n penghargaa­n kami yang sangat mendalam bagi bantuan anda semua,” kata beliau.

Resit penjualan tiket akan diserahkan kepada beberapa organisasi di Texas, Florida, Puerto Rico dan Virgin Islands AS. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia