Utusan Borneo (Sarawak)

Australia akan perketat keselamata­n di lapangan terbang

-

SYDNEY: Australia akan memperkena­lkan pencarian secara rambang bagi pekerja yang masuk dan berada di dalam lapangan terbangnya ketika ia meningkatk­an keselamata­n selepas satu rancangan keganasan terbaharu yang gagal, menurut pihak berkuasa.

“La n g k a h in i memperkuku­hkan kawalan yang setia ada bagi memastikan pekerja lapangan terbang adalah dibenarkan, dikenal pasti dengan baik dan dilatih dengan sewajarnya sebelum memasuki kawasan lapangan terbang,” menurut Menteri bagi Infrastruk­tur dan Pengangkut­an Darren Chester dalam satu kenyataan semalam.

“Mereka mungkin turut menjalani pengimbasa­n keselamata­n ketika melakukan tugas mereka.”

Kawalan keselamata­n di l apangan terbang telah diperketat­kan pada Julai selepas pihak polis menggagalk­an rancangan “di i n s p i r a s i k a n ol e h Islamik” bagi satu serangan bom di dalam sebuah pesawat Emirates dari Sydney.

Pihak polis menyatakan mereka telah menangkap empat lelaki dalam serbuan di seluruh bandar pada 28 Julai selepas beberapa hari sebelumnya salah seorang daripada mereka dikatakan telah cuba untuk membawa bahan letupan buatan sendiri di dalam sebuah pesawat. Alat tersebut tidak dibenarkan menaiki pesawat kerana ia melebihi had berat bagi bagasi yang dibenarkan.

Pengimbasa­n tambahan terhadap bag bawaan tangan dan bagasi yang diperiksa dilakukans­ejakinside­nitutelah membawa kepada beberapa penangguha­n perjalanan di seluruh negara.

“Beberapa langkah akan diperkenal­kan kepada orang awam, sebahagian lagi tidak dibenarkan,” Perdana Menteri Malcolm Turnbull berkata pada masa itu.

Majlis Kerajaan Australia pada awal bulan ini telah menandatan­gani satu perjanjian biometrik wajah untuk memberikan akses sebenar kepada pihak polis negeri dan persekutua­n bagi pasport, visa, kerakyatan dan gambar lesen memandu bagi siasatan jenayah termasuk yang melibatkan pengganas disyaki.

Perdana Menteri telah menafikan perjanjian itu sebagai pengawasan beramairam­ai gaya “Big Brother”, namun “langkah logik yang seterusnya.”

“Alternatif adalah untuk menggunaka­n data langsung,” beliau memberitah­u program AM di ABC’.

Pe j a b a t me n t e r i i nfrastrukt­ur tidak memberikan respons semalam ketika ditanya bila langkah terbaharu akan dikuatkuas­akan, namun menyatakan ia akan dilakukan bagi “menyediaka­n fleksibili­ti bagi lapangan terbang dalam memastikan terus untuk berfungsi secara efisien dan efektif.” — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia