Utusan Borneo (Sarawak)

Taufan bawa hujan lebat, tanah runtuh pada hari pilihan raya

-

TOKYO: Satu taufan yang sangat kuat telah bergerak ke arah Jepun semalam, dengan hujan lebat telah me n y e b a b k a n ta n a h runtuh dan menangguhk­an pengundian di sebuah stesen pengundian ketika berjutajut­a orang berusaha untuk pergi bagi satu pilihan raya umum.

Taufan Lan, dikatakan sebagai “sangat besar dan sangat kuat” oleh agensi meteorolog­i di Jepun, telah membawa tiupan angin sehingga 252 kilometer sejam pada pagi semalam di selatan Pasifik di Jepun.

Membawa angin kuat dan hujan lebat, ribut itu bergerak ke timur laut, kemungkina­n menyerang selama langsung Tokyo atau wilayah sekeliling pada pagi hari ini.

Para pengundi di ibu negara telah terpaksa berdepan dengan hujan lebat dan angin kuat pada hari pilihan raya.

Pihak agensi cuaca telah memberikan amaran mengenai ombak besar, tanah runtuh dan banjir di tengah dan barat Jepun, menggesa para penduduk di wilayah tersebut untuk segera mengambil langkah berjaga- jaga bagi memastikan keselamata­n mereka.

Taufan yang melanda ketika negara tersebut mengadakan satu pilihan raya kemungkina­n akan menyerahka­n kepada Perdana Menteri Shinzo Abe, 63, satu mandat yang baharu.

Pi h a k pe n g a n a l i s i s me n y a t a k a n ba h a w a sekiranya cuaca menjejaska­n kehadiran, ia adalah mungkin akan memberikan kelebihan kepada Abe, yang mana para pengundi konservati­f adalah lebih berazam, meletakkan nasionalis berada pada laluan untuk menjadi pemimpin paling lama berkhidmat di negara ini.

Proses pengundian telah ditangguhk­an selama kira-kira 20 minit di Kochi, barat Jepun, ketika kejadian tanah runtuh menghalang sebatang jalan raya, menghalang pegawai pilihan raya dari tiba tepat pada masanya di sebuah pusat pengundian, menurut kepada syarikat penyiaran negara NHK.

Kelmarin, para pengundi di pulau selatan terpencil dalam laluan ribut telah membuang undi mereka lebih awal, menyahut satu permintaan daripada Abe.

Kehadiran telah menurun hingga kurang 60 peratus dalam dua pilihan raya umum terakhir.

Pilihan raya terakhir pada Disember 2014 telah melihat satu kadar bawah rekod sebanyak 52.66 peratus. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia