Utusan Borneo (Sarawak)

GARA-GARA MABUK, LELAKI CEDERA DITIKAM RAKAN

-

SIBU: Gara-gara mabuk, seorang daripada dua lelaki yang bergaduh cedera di bahagian dada akibat ditikam rakannya dengan sebilah pisau dalam kejadian berlaku di pusat komersil Sibu Jaya sekitar jam 12.30 tengah hari semalam.

Mangsa yang cedera berusia 53 tahun dari Kapit manakala suspek yang menikam mangsa berusia 24 tahun dari Betong.

Mangsa menerima sebanyak 10 jahitan di bahagian dada dan dipercayai dalam keadaan stabil selepas dibenar keluar dari hospital sejurus menerima rawatan.

Manakala suspek mengalami luka di kening sebelah kiri, leher dan jari kaki sebelah kanan dipercayai akibat bergelut.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zailanni Amit ketika dihubungi lewat petang semalam telah mengesahka­n kes terbabit.

“Ini merupakan kes pergaduhan. Anggota diketuai Pegawai Kanan D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu Inspektor Hairul Hussin dimaklum mengenai kejadian bergegas ke lokasi kejadian.

“Pasukan menjumpai seorang mangsa berlumuran darah manakala suspek cuba melarikan diri ke bahagian bumbung premis sebelum ditangkap dan turut dirampas sebilah pisau di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata mangsa dihantar ke Hospital Sibu dengan ambulans untuk rawatan lanjut.

“Mangsa dan suspek dipercayai mabuk kerana masih berbau alkohol semasa kejadian. Punca kejadian dipercayai akibat salah faham antara mangsa dan suspek ketika sesi minum arak,” katanya.

Menurutnya, suspek direman untuk siasatan lanjut dan akan dirujuk kepada narkotik bagi tujuan ujian saringan air kencing.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangk­an kecederaan menggunaka­n pisau,” tambahnya.

 ??  ?? SAKIT: Mangsa menahan kesakitan.
SAKIT: Mangsa menahan kesakitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia