Utusan Borneo (Sarawak)

S’WAK HARUS ANJUR LIGA SEPAK TAKRAW

Penganjura­n liga di negeri ini mampu melahirkan ramai pemain berkaliber mewakili Sarawak

- Oleh Mohd Shafik Ahmad Bukan itu sahaja, ia akan memudahkan jurulatih kita memantau potensi pemain dalam tempoh yang lama. Tan Sri Abang Khalid Abang Marzuki Presiden PSS

KUCHING: Penganjura­n liga sepak takraw di negeri ini diyakini mampu melahirkan ramai pemain berkaliber bagi mewakili pasukan Sarawak, kata Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak ( PSS) Tan Sri Abang Khalid Abang Marzuki.

Menurutnya, dengan pengenalan liga tersebut, pemain mempunyai tempoh serta peluang untuk berlatih sekali gus dapat mempamerka­n potensi bagi menarik perhatian jurulatih Sarawak.

Abang Khalid berkata PSS akan memulakan penganjura­n liga sepak takraw tahun depan yang dijalankan di peringkat bahagian dan negeri.

Beliau yakin Sarawak dapat menghasilk­an produk pelapis sukan sepak takraw menerusi penganjura­n liga di peringkat akar umbi.

“Bukan itu sahaja, ia akan memudahkan jurulatih kita memantau potensi pemain dalam tempoh yang lama,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Exco PSS di Kuching semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata format pertanding­an juga memberi kesan terhadap mutu dan persembaha­n pemain.

“Kita mesti membuka lebih banyak peluang kepada mereka (pemain), jika kita hanya menggunaka­n format kalah singkir, mereka akan terdesak menunjukka­n potensi diri,” jelasnya.

Abang Khalid berkata, pihaknya juga akan mem- bantu ahli gabungan PSS untuk menganjurk­an liga sepak takraw di peringkat bahagian.

Optimis dengan kemampuan ahli jawatankua­sa PSS baharu, beliau yakin impian untuk menaikkan kedudukan sepak takraw Sarawak ke tahap lebih tinggi dapat direalisas­ikan.

Selain itu, Abang Khalid turut mencabar ahli jawatankua­sa dan ahli gabungan PSS untuk melahirkan seramai mungkin pemain pelapis di peringkat bahagian untuk diketengah­kan sebagai wakil Sarawak terutama dalam Sukan Malaysia (SUKMA).

 ??  ??
 ??  ?? MESYUARAT: Abang Khalid ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Exco PSS di Kuching, semalam.
MESYUARAT: Abang Khalid ketika mempengeru­sikan Mesyuarat Exco PSS di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia