Utusan Borneo (Sarawak)

‘Amnesia Pelamin Erina’ arahan, lakonan Zul Huzaimy di TV2

-

PASTINYA telemovie yang diarahkan oleh Zul Huzaimy bertajuk ‘Amnesia Pelamin Erina’ mempunyai tarikan yang tersendiri apatah lagi dengan kehadiran pelakon Izara Aishah yang cukup dikenali dengan lakonan yang mantap.

Begitu juga dengan pelakon-pelakon lain yang tidak kurang hebatnya seperti Azrel Ismail, Liza Othman, Dato’ Amin Khan dan Roy Azman.

Kisah pengorbana­n dalam krisis cinta tiga segi dua orang lelaki dengan seorang wanita yang mengalami masalah ‘amnesia’ ini yang turut dibintangi oleh Zul Huzaimy sebagai pelakon utama disiarkan mengisi slot Citra di TV2 pada 27 Oktober ini, jam 9.30 malam.

Kisah sepasang kekasih yang cinta mereka tidak direstui ayah wanita kerana perbezaan taraf.

Ia bermula dengan watak Haziq dan Erina bercinta namun tidak direstui ayah Erina kerana beliau merasakan kerjaya Haziq tidak mempunyai masa depan.

Erina kemudianny­a terpaksa menurut permintaan keluargany­a bertunang dengan Rizal yang merupakan anak orang ternama. Pada masa sama kebetulan Rizal merupakan rakan kepada Haziq.

Satu hari Erina terlibat dalam kemalangan dan mengalami masalah hilang ingatan atau ‘amnesia’. Rizal yang risau meminta bantuan Haziq untuk proses pemulihan Erina. Keadaan bertambah sukar apabila Erina mula menunjukka­n perubahan positif hanya ketika dengan Haziq tetapi tidak dengan Rizal.

Situasi itu menimbulka­n rasa tidak puas kepada Rizal. Rizal bergaduh besar dengan Haziq dan menuduhnya cuba mengambil kesempatan pada tunangnya, Erina. Haziq serba salah kerana pada masa yang sama dia masih lagi mencintai Erina. Begitu juga Erina yang setia dengan cintanya terhadap Haziq.

Akhirnya Haziq mengambil keputusan yang tidak disangkasa­ngka. Dia sedia mengalah dan berkorban membohongi Erina bahawa Rizal merupakan cinta hatinya suatu ketika dahulu.

Erina pula masih bingung dengan situasi yang berlaku.

Kesudahann­ya siapakah yang menjadi pilihan Erina? Untuk mengetahui­nya jangan lupa untuk menonton telemovie ini pada 27 Oktober ini hanya di TV2.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PENGARAH DAN PELAKON: Kisah pengorbana­n dalam krisis cinta tiga segi dua orang lelaki dengan seorang wanita yang mengalami masalah ‘amnesia’ ini yang turut dibintangi oleh Zul Huzaimy sebagai pelakon utama disiarkan mengisi slot Citra di TV2 pada 27 Oktober ini, jam 9.30 malam.
PENGARAH DAN PELAKON: Kisah pengorbana­n dalam krisis cinta tiga segi dua orang lelaki dengan seorang wanita yang mengalami masalah ‘amnesia’ ini yang turut dibintangi oleh Zul Huzaimy sebagai pelakon utama disiarkan mengisi slot Citra di TV2 pada 27 Oktober ini, jam 9.30 malam.
 ??  ?? WATAK UTAMA: Azrel Ismail dan Izara Aishah watak utama dalam telemovie ini.
WATAK UTAMA: Azrel Ismail dan Izara Aishah watak utama dalam telemovie ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia