Utusan Borneo (Sarawak)

Abe impi kemenangan besar dalam pilihan raya

Disokong semangat kental rakyat Jepun rempuh taufan untuk beri mandat baharu kepada Abe

-

TOKYO: Jutaan rakyat Jepun menempuh keadaan taufan semalam untuk pilihan raya tergempar yang kemungkina­n besar akan memberi mandat baharu kepada Perdana Menteri Shinzo Abe untuk menghidupk­an semula ekonomi ketiga terbesar di dunia dan menekankan pendiriann­ya yang keras mengenai Korea Utara.

Jika tinjauan praundi terbukti tepat, perikatan konservati­f Abe akan memenangi majoriti besar untuk memenangi penggal baharu sebagai peneraju sekutu serantau yang penting bagi Amerika Syarikat (AS) itu dan kuasa ekonomi Asia.

Balaiundia­ndibukapad­ajam 7.00 pagi (waktu tempatan) dan pengundi bertarung dengan ribut kuat dan hujan lebat sementara taufan hari pilihan raya bergerak ke arah Jepun.

Walaupun cuaca buruk, jumlah pengundi yang menunaikan kewajipan tanpa mengira pengundi awal meningkat kepada 12.24 peratus setakat jam 11.00 pagi berbanding 11.08 peratus dalam pilihan raya sebelum ini tiga tahun lalu, manakala 15.64 juta pengundi sudah mengundi awal setakat Jumaat lepas, kata kerajaan.

Penganalis­is sebelum ini berkata jumlah pengundi rendah kemungkina­n akan memanfaatk­an Abe, yang mahu menjadi pemimpin paling lama berkhidmat di negara itu.

“Saya menyokong pendirian Abe untuk tidak tunduk kepada tekanan Korea Utara,” kata seorang pengundi, Yoshihisa Iemori, ketika dia mengundi di Tokyo.

“Saya fokus kepada perkara ini untuk pilihan raya ini,” kata pemilik syarikat pembinaan berusia 50 tahun itu kepada AFP.

Hujanyangh­ampirkonsi­sten sepanjang kempen tidak melemahkan semangat ratusan calon parlimen yang berani dan memakai selempang, bergerak menggunaka­n bas mini untuk merayu undi menerusi alat pembesar suara dan tunduk dengan rendah kepada setiap pengundi berpotensi.

Namun tanpa keraguan mengenai keputusan muktamad, keterujaan terletak dalam sama ada Parti Demokratik Liberal (LDP) pimpinan Abe dan rakan perikatann­ya akan mengekalka­n majoriti dua pertiga ataupun tidak dalam Dewan Rakyat.

“Majoriti super” sedemikian akan membolehka­n Abe untuk mencadangk­an perubahan kepada perlembaga­an Jepun yang dikenakan oleh AS untuk memaksanya “meninggalk­an” peperangan dan membataska­n tenteranya kepada peranan pertahanan diri.

Peti undi ditutup pada jam 8.00 malam apabila badan penyiaran menerbitka­n tinjauan akhir yang umumnya boleh diharapkan.

Taufan Lan yang kuat sudah menyebabka­n tanah runtuh dan melengahka­n pengundian di sebuah balai undian, manakala khidmat bot komuter di sebuah pulau terpencil di barat Jepun dibatalkan kerana ombak tinggi, yang memaksa pegawai pilihan raya untuk berhenti mengira undi penduduk pulau tersebut semalam.

Abe mengejutka­n Jepun apabila beliau mengumumka­n pilihan raya setahun lebih awal daripada jangkaan, dan menggesa pengundi untuk kekal bersamanya tatkala mereka berdepan dengan apa yang beliau sebut sebagai dua “krisis kebangsaan” iaitu populasi yang semakin tua dan ketegangan dengan Korea Utara.

Py o n g y a n g te l a h menyelubun­gi kempen singkat selama 12 hari, selepas ia melancarka­n dua misil ke ruang udara pulau utara Hokkaido dan mengugut untuk “menenggela­mkan” Jepun ke dalam laut.

“Apabila Korea Utara sengaja mengugut kita dan meningkatk­an tekanan, kita tidak boleh goyah,” tegas Abe dengan bersemanga­t di perhimpuna­n kempen terakhirny­a.

Pemerhati berkata ugutan Korea Utara telah membantu Abe, 63, kerana pengundi cenderung memihak kepada penyandang pada waktu ketegangan yang meruncing.

Walaupun mendahului dengan jelas dalam pilihan raya, Abe menikmati sokongan yang hanya suamsuam sahaja di Jepun dan pengkritik berkata beliau mengumumka­n pilihan raya untuk mengalih perhatian daripada siri skandal yang mencemari populariti­nya.

Pengundi Etsuko Nakajima, 84, memberitah­u AFP: “Saya menentang sepenuhnya kerajaan sekarang. Moral runtuh. Saya khuatir negara ini akan hancur.”

“Saya rasa jika LDP memegang kuasa, Jepun akan menghadapi bahaya. Beliau tidak menjalanka­n politik untuk rakyat,” tambah pesara itu.

Namun Abe berdepan dengan pembangkan­g yang lemah dan berpecah-belah dalam bentuk dua parti yang baharu wujud selama beberapa minggu sahaja, Parti Harapan yang diwujudkan oleh Gabenor Tokyo, Yuriko Koike, dan Parti Demokratik Perlembaga­an yang berhaluan kiri tengah.

Koike, 65, mengancam untuk menggoncan­g landskap Jepun yang lengang dengan parti baharunya, dengan janji untuk menamatkan politik cara lama dan kepentinga­n diri.

Namun selepas liputan media dinding- ke- dinding bagi bekas pengacara TV itu, gelembung meletup dan penarafan populariti Koike menjunam, terutamany­a kerana beliau sendiri enggan bertanding dalam pilihan raya.

“Parti Harapan ternyata tidak ada harapan,” kata Michael Cucek dari Universiti Temple.

Koike malah tidak ada di Jepun pada hari pilihan raya, dan memilih untuk melawat Paris bagi satu acara dalam kapasitiny­a sebagai Gabenor Tokyo.

Pa r t i De m o k r a t i k Perlembaga­an mungkin akan mendapat manfaat daripaa kejatuhann­ya dan dapat menjadi parti kedua terbesar.

Wa l a u p u n di u g u t oleh Korea Utara, ramai pengundi berasakan bahawa ekonomi adalah isu yang lebih mendesak, kerana dasar ‘Abenomics’ perdana menteri itu mencatatka­n kejayaan terhad dalam usaha untuk mengembali­kan keagungan silam Jepun.

“Pencen mahupun gaji tidak semakin bagus. Saya sama sekali tidak berasakan bahawa ekonomi semakin pulih,” kata pesara berusia 67 tahun, Hideki Kawasaki.

Abe telah berjanji untuk menggunaka­n sebahagian daripada perolehan dari kenaikan cukai jualan yang dicadangka­n untuk menyediaka­n penjagaan kanakkanak percuma dan usaha untuk mendorong lebih ramai wanita untuk bekerja tetapi Koike mahu membatalka­n sahaja kenaikan itu. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? DISOKONG: Abe melambai kepada penyokong ketika meninggalk­an lokasi kempen terakhir untuk pilihan raya umum ke-22 di Tokyo kelmarin.
— Gambar AFP DISOKONG: Abe melambai kepada penyokong ketika meninggalk­an lokasi kempen terakhir untuk pilihan raya umum ke-22 di Tokyo kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? SETIA: Para penyokong mempamerka­n poster ketika menunggu ketibaan Abe untuk kempen terakhir bagi pilihan raya umum ke-22 di Tokyo kelmarin.
— Gambar AFP SETIA: Para penyokong mempamerka­n poster ketika menunggu ketibaan Abe untuk kempen terakhir bagi pilihan raya umum ke-22 di Tokyo kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia