Utusan Borneo (Sarawak)

Perceraian di Sarawak kritikal

Melebihi 1,000 setahun sama ada melibatkan pasangan Islam atau bukan Islam di negeri ini, kata Fatimah

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Kadar perceraian sama ada melibatkan pasangan Islam atau bukan Islam di negeri ini agak kritikal, dengan bilangan melebihi 1,000 setahun.

Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah, perceraian tertinggi adalah melibatkan pasangan muda dari usia 18 hingga 40 tahun.

“Sebilangan besar perceraian adalah melibatkan perkahwina­n berusia lima tahun ke bawah,” katanya pada Majlis Penutupan Program Smart Parenting Skills: Baitul Muslim & Till Jannah di sebuah hotel di sini, semalam.

Menjelas lanjut, Fatimah berkata sebab utama perceraian suami isteri yang dikenal pasti ialah sudah tidak serasi, tidak matang, suami dikatakan tidak bertanggun­gjawab, campur tangan keluarga mentua serta masalah kewangan.

Selain itu, katanya ialah keganasan rumah tangga yang dikaitkan dengan masalah dadah dan arak.

Beliau menambah, kemurungan turut didapati menjadi sebab yang mengganggu-gugat kesejahter­aan sesebuah keluarga yang akhirnya membawa kepada perceraian.

Sebilangan besar perceraian adalah melibatkan perkahwina­n berusia lima tahun ke bawah. Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

“Kemurungan yang berkaitan masalah mental didapati bertambah berganda setiap tahun dan ini telah menyumbang kepada kes perceraian masyarakat kita pada masa sekarang,” katanya.

Justeru, Fatimah berkata kementeria­nnya akan terus mengadakan Program Smart Parenting Skills: Baitul Muslim & Till Jannah di seluruh negeri ini sebagai langkah menangani masalah perceraian dalam masyarakat daripada terus meningkat.

Katanya, program pemantapan institusi keluarga tersebut yang mula dilaksanak­an tahun ini adalah sangat ber- sesuaian, yang akan memberi pendedahan mengenai ilmu pengurusan rumah tangga.

Sepanjang tahun ini, seramai 281 peserta telah menghadiri Program Baitul Muslim: Smart Parenting Skill dan 56 pasangan (112 orang) telah menghadiri Program Till Jannah: Smart Marriage.

Manakala program pada siri keempat semalam, turut mendapat sambutan yang sangat menggalakk­an iaitu dengan pendaftara­n seramai 130 peserta yang pada awalnya hanya menyasarka­n seramai 50 orang sahaja pada setiap sesi.

Turut hadir Pengarah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak Noriah Ahmad.

 ??  ??
 ??  ?? PENYERTAAN: Fatimah menyampaik­an sijil penyertaan kepada wakil peserta Program Smart Parenting Skills: Baitul Muslim & Till Jannah di sebuah hotel di Kuching, semalam.
PENYERTAAN: Fatimah menyampaik­an sijil penyertaan kepada wakil peserta Program Smart Parenting Skills: Baitul Muslim & Till Jannah di sebuah hotel di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia