Utusan Borneo (Sarawak)

Leona Chin tarik perhatian pengunjung pelancaran Mitsubishi Outlander SUV 2.0L

-

MIRI: Penampilan atlet sukan bermotor Malaysia, Leona Chin pada majlis pelancaran Mitsubishi Outlander SUV 2.0L menarik perhatian ratusan peminat permotoran di Permaisuri Imperial City Mall di sini semalam.

Leona yang merupakan duta jenama Mitsubishi Motors telah memperkena­l dan memberi informasi tentang kenderaan baharu dilancar itu.

Turut diadakan ialah sesi ‘Meet and Greet’ di mana peminat sukan permotoran berpeluang beramah mesra, bergambar dan mengambil tandatanga­n Leona.

Sementara itu, Mitsubishi Outlander SUV 2.0L diperkenal­kan dengam pengenalan harga RM141,205.12 sehingga penghujung tahun ini didatangka­n dengan waranti pengeluar standard lima tahun dengan perbatuan tanpa had.

Edisi kali ini tampil dengan warna eksklusif iaitu Ruby Black, namun masih lagi mengekalka­n warna Red Metallic dan Solar White.

Ini merupakan kenderaan dengan versi pemasangan tempatan bagi SUV tujuh tempat duduk.

Outlander 2.0L 4WD didatangka­n dengan elemen keselamata­n yang lengkap, antaranya tujuh beg udara, ABS dan EBD, Bantuan Brek, Kestabilan Aktif dan Kawalan Cengkaman (ASTC), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan cagak ISOFIX.

SUV ini juga dibina dengan struktur badan Reinforced Impact Safety Revolution (RISE) yang boleh dianggap tegar dan didatangka­n dengan Rest Reminder bagi mengingatk­an pemandu untuk rehat sekiranya keletihan.

Outlander 2.0L ini turut menampilka­n kamera undur bagi melengkapk­an pemanduan pemandu.

Mitsubishi Outlander 2.0L 4WD dijanakan oleh enjin 2.0 liter DOHS MIVEC bersama hamburan kuasa 145 PS dan 196 Nm serta dipadankan bersama transmisi INVECSIII CVT.

Didatangka­n dengan sis- tem 4WD pintar sebagai standard, ia juga memiliki sistem Multi- Select 4WD dengan tiga pilihan mod iaitu 4WD Eco, 4WD Auto dan 4WD Lock, yang sesuai untuk semua keadaan jalan dan laluan termasuk ‘ offroad’.

Outlander 2.0L juga menawarkan elemen kemasukan tanpa kunci dengan butang ‘push start’, pendingin hawa dwi-zon, sistem infotainme­n bersama skrin sesentuh HD tujuh inci dengan fungsi Apple CarPlay serta fungsi Air Gesture Control.

Selain itu, ia turut menerima perakam video digital (dashcam) dan lapisan filem solar/keselamata­n untuk semua cermin tingkapnya.

Bagi yang berminat mendapatka­n kenderaan Mitsubishi Outlander SUV 2.0L boleh melayari www.mitsubishi­motors.com.my atau menghubung­i Talian Khidmat Pelanggan Mitsubishi Motors di 1800186611 setiap Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum pada jam 9 pagi hingga 5 petang.

 ??  ?? BERGAYA: Leona tampil bergambar di hadapan kereta Mitsubishi Outlander 2.0L dan memperkena­lkan ciri-ciri kenderaan baharu tersebut.
BERGAYA: Leona tampil bergambar di hadapan kereta Mitsubishi Outlander 2.0L dan memperkena­lkan ciri-ciri kenderaan baharu tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia