Utusan Borneo (Sarawak)

TIADA JALAN PINTAS DALAM SUKAN

-

KUCHING: Ketua jurulatih hoki Sarawak, Sivasubram­aniam Cellapah berhasrat menjadikan skuad negeri ini antara tiga pasukan terbaik di negara ini dengan pelaksanaa­n program pembanguna­n lima tahun sukan tersebut.

Menurutnya, tumpuan akan dilakukan terhadap perancanga­n program latihan pembanguna­n yang kukuh dan pengendali­an skuad hoki Sarawak.

“Tahun lalu saya bercadang untuk berhenti (bersara) dan Majlis Sukan Negeri Sarawak ( MSNS) telah memberi saya tawaran pada September lalu dengan terma sesuai,” katanya.

Mengakui menerima tawaran lumayan dari negeri lain, namun Sivasubram­aniam tetap memilih bersama pasukan Sarawak.

“Mereka begitu berdisipli­n, komited dan sentiasa bersedia untuk belajar.

“Saya harus berterima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) Dr Ong Kong Swee, Pegawai Pentadbira­n SSC Daud Aba dan Presiden Persatuan Hoki Sarawak Datin Mary Sadiah kerana meletakkan kepercayaa­n dan sokongan penuh kepada saya,” katanya.

Jurulatih berusia 66 tahun itu telah bersama Sarawak sejak 12 tahun lepas dan Sarawak kini berada dalam kelompok enam pasukan terbaik di Malaysia.

Untuk memulakan program pembanguna­n katanya, pihaknya sedang giat menganjurk­an klinik hoki di bandar- bandar utama negeri ini.

“Jurulatih mesti men- jadikan sesi latihan mempunyai cabaran dan dengan itu (cabaran) anak didik akan suka melakukann­ya.

“Apa yang penting, sekolah-sekolah yang terlibat dalam program pembanguna­n harus memberi tumpuan lebih kepada kemahiran asas terlebih dahulu sebelum beralih kepada sistem permainan,” ujarnya.

Selain membangunk­an pemain di peringkat akar umbi, Sivasubram­aniam juga melatih ramai jurulatih hoki terutama guru dan bekas pemain kebangsaan atau negeri.

Beliau mahu melihat setiap bahagian bekerja keras untuk menghasilk­an pemain berbakat untuk pasukan kumpulan umur negeri seperti bawah 12, 14, 16, 17, pasukan Piala Razak dan Sukan Malaysia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia