Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan Jambatan Batang Lupar bermula 2018

Jambatan ini akan menjadi jambatan terpanjang di Sarawak iaitu antara 4.5 kilometer hingga 5 kilometer

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Jambatan Batang Lupar dijangka akan mula dibina pada 2018, kata Ahli Parlimen Batang Lupar Dato Sri Rohani Abdul Karim.

Jambatan ini menurut Rohani, akan menjadi jambatan terpanjang di Sarawak iaitu antara 4.5 kilometer hingga 5 kilometer.

“Mengikut perancanga­n jambatan baharu ini akan dibina pada 2018 dan ia akan mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan.

“Tetapi jambatan ini adalah yang paling dinanti-nantikan penduduk di sini yang selama ini bergantung kepada perkhidmat­an feri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada penutupan program Kembara Batang Lupar Kementeria­n Pemban- gunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) 2017 di sini malam kelmarin. Cadangan bagi pembinaan jambatan ini telah diluluskan dengan anggaran perbelanja­an sebanyak RM1 bilion.

Jambatan yang merentasi Batang Lupar ini akan menghubung­kan Sebuyau ke Meludam sekali gus membuka kegiatan ekonomi di kawasan berkenaan.

Mengulas mengenai program kembara tersebut, Rohani yang juga menteri KPWKM berkata ia disertai 37 wakil pengamal media cetak dan elektronik nasional dan tempatan.

Program julung kalinya ini berlangsun­g selama tiga hari bermula 21 hingga 23 Oktober dengan peserta dilepaskan dari Kuching menuju ke Batang Lupar dan kembali semula ke Kuching.

Tujuan utama kembara ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang inisiatif-inisiatif yang dibawa oleh kementeria­nnya di kawasan Parlimen Batang Lupar.

Para peserta turut berpeluang mengenali budaya setempat dan lokasi-lokasi menarik di sekitar Parlimen Batang Lupar selain turut melakukan program tanggungja­wab sosial bersama kumpulan sasar terpilih.

Antara tempat yang dilawati peserta ialah perusahaan memproses obor- obor di Kampung Sampat, Sebuyau, Taman Negara Maludam, perusahaan madu kelulut di Kampung Beladin dan tempat-tempat lain.

Bagi memberi pengalaman sebenar cara hidup di rumah panjang, para peserta turut bermalam di Rumah Panjang Kampung Belimbing Besi.

Mengikut perancanga­n jambatan baharu ini akan dibina pada 2018 dan ia akan mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan. Dato Sri Rohani Abdul Karim Ahli Parlimen Batang Lupar

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? SAMBUTAN: Rohani menyambut ketibaan peserta program Kembara Batang Lupar KPWKM 2017 di luar sebuah hotel terkemuka di Kuching malam kelmarin.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi SAMBUTAN: Rohani menyambut ketibaan peserta program Kembara Batang Lupar KPWKM 2017 di luar sebuah hotel terkemuka di Kuching malam kelmarin.
 ??  ?? PANDUAN: Lencongan Jalan Matang-Kampung Paroh akan bermula hari ini.
PANDUAN: Lencongan Jalan Matang-Kampung Paroh akan bermula hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia