Utusan Borneo (Sarawak)

MBW 2018 dijangka himpun penunggang di seluruh Kepulauan Borneo

-

MIRI: Miri Bike Week (MBW) 2018 dijangka akan menghimpun­kan pemilik motosikal di Kepulauan Borneo termasuk Sabah, Brunei Darussalam, Labuan dan Indonesia.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata edisi tahun depan akan menarik penyertaan peminat motosikal pelbagai jenis.

“Kita berharap promosi diperluas supaya dapat menarik penyertaan pemilik motosikal antarabang­sa sekali gus merancakka­n sektor pelanconga­n dan ekonomi,” katanya semasa pelancaran MBW 2018 semalam.

Menurutnya, kehadiran pelawat ke negeri ini membantu meningkatk­an sektor perhotelan, jualan produk tempatan, sektor perkhidmat­an dan pengangkut­an.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Senadin itu mahu pihak penganjur iaitu Kelab Motosikal Jaguh Miri (KMJM) memperluas­kan promosi MBW 2018.

“Kita mahu aktiviti seperti ini bukan hanya popular di kalangan rakyat tempatan tetapi juga mampu menarik minat peserta luar negara untuk datang ke Sarawak,” jelasnya.

MBW 2017 lalu disertai lebih 2,000 peserta dari seluruh Sarawak, Sabah, Brunei Darussalam, Indonesia, Filipina, dan Thailand.

Ia juga aktiviti untuk mendisipli­nkan pemilik motosikal agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan tidak terlibat dalam kegiatan tidak berfaedah.

Lee juga mahu pemilik motosikal mengutamak­an keselamata­n serta mendidik golongan muda supaya berdisipli­n semasa di atas jalan raya.

“Penganjura­n MBW 2018 membantu meningkatk­an kesedaran orang awam mengenai kepentinga­n keselamata­n ketika menunggang di jalan raya,” katanya.

Lee juga mengakui sukan permotoran bukan hanya melibatkan golongan lelaki bahkan golongan wanita juga turut menunjukka­n minat yang mendalam.

“Golongan wanita juga berminat dalam sukan permotoran bahkan mereka juga terlibat sama menjadi ahli pelbagai jenis kelab motosikal,” jelasnya.

MBW edisi lalu menghimpun­kan pelbagai jenis motosikal berkuasa tinggi, klasik, skuter, vespa, kapcai dan sebagainya.

Aktiviti diadakan ialah pertanding­an ‘Beauty & The Bike’, pasar karat, ‘battle of the band’, pertunjuka­n motosikal, gerai jualan dan sebagainya.

Turut hadir pengerusi penganjur yang juga Presiden KMJM Ramzie Hipni serta wakil pihak penaja lokasi, Permymall Miri.

 ??  ?? PROMOSI AWAL: Lee (enam kiri) dan Ramzie (lima kiri) menunjukka­n tanda bagus sebagai promosi awal Miri Bike Week 2018 di Miri semalam.
PROMOSI AWAL: Lee (enam kiri) dan Ramzie (lima kiri) menunjukka­n tanda bagus sebagai promosi awal Miri Bike Week 2018 di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia