Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tahan tujuh individu, rampas dadah bernilai RM200,000

-

KUALA LUMPUR: Polis menahan tujuh individu warga tempatan dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarka­n bernilai hampir RM200,000 dalam tiga serbuan berasingan di sekitar ibu kota di sini, pada Khamis hingga Sabtu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur ACP Adnan Azizon berkata dalam serbuan pertama, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 27 tahun di sebuah hotel di Jalan Metro Pudu 2 di sini kira-kira 11.50 malam pada Khamis.

“Pemeriksaa­n terhadap lelaki itu membawa kepada penemuan dua paket plastik berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphet­amine seberat 50.68 gram,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, semalam.

Selain itu, Adnan berkata kira-kira jam 1 petang pada Jumaat, dua lelaki berusia 46 dan 58 tahun ditahan di sebuah kafe di Jalan Kuching di sini bersama 1,000 biji pil disyaki ekstasi dan wang tunai berjumlah RM1,000.

Menurut Adnan, soal siasat terhadap suspek membawa kepada penangkapa­n seorang lelaki serta wanita berusia 41 dan 50 tahun di sebuah kondominiu­m di Jalan Kuchai Lama di sini.

“Polis merampas wang tunai berjumlah RM147,000 hasil penjualan dadah di kondominiu­m itu,” katanya. Sementara itu, beliau berkata dalam serbuan ketiga, seorang lelaki serta wanita, masingmasi­ng berusia 36 dan 29 tahun ditahan di sebuah hotel di Jalan Kepong di sini, kirakira 3 petang pada Sabtu.

“Pemeriksaa­an terhadap suspek membawa kepada penemuan 200 biji dadah disyaki jenis Erimin 5 dan dadah dipercayai jenis ketamin seberat 0.65 gram, polis turut menyita sebuah kereta jenis Mini Cooper milik seorang daripada suspek,” katanya.

Adnan berkata kesemua mereka yang ditahan ini dipercayai bergiat aktif menjalanka­n aktiviti pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang dan positif dadah jenis Methamphet­amine.

Kesemua suspek direman tujuh hari dari tarikh mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia