Utusan Borneo (Sarawak)

MySMINK sasar buka stor konsep menjelang akhir 2017

-

KUALA LUMPUR: Portal kecantikan mySMINK yang memasarkan produk berjenama tempatan, menyasarka­n jualan purata mencecah RM2 juta setahun dengan mengembang­kan perniagaan, termasuk membuka sebuah stor konsep di Lembah Klang menjelang akhir tahun ini.

Platform portal mySMINK. com yang berusia dua bulan dan mengetenga­hkan lebih 50 produk jenama kecantikan tempatan setakat ini, diasaskan oleh dua beradik, Diana Nasimuddin, 36, serta Nadia Nasimuddin, 31 tahun.

Menurut Diana, pembukaan stor konsep itu merupakan inisiatif mySMINK bagi memudahkan pengguna mencuba produk berkenaan secara fizikal.

“Buat permulaan, kami merancang untuk membuka stor itu di Lembah Klang.

Kami percaya pembukaann­ya mampu merangsang jualan produk di bawah payung mySMINK bagi membolehka­n pengguna mencuba sendiri produk itu.

“Ini juga susulan permintaan daripada beberapa pihak khususnya kalangan jurumekap,” katanya kepada Bernama.

Pasangan adik- beradik itu menjadi tetamu undangan program bual bicara santai dan bermakluma­t, ‘ Nine11’ terbitan Bernama News Channel ( BNC) di sini, semalam.

Mengulas penerimaan terhadap produk itu, Nadia berkata portal kecantikan itu menjual produk pada harga serendah RM13 itu mendapat sambutan menggalakk­an daripada para pengguna dan vendor kecantikan.

Malah, katanya, mySMINK turut merancang untuk memasarkan produk dari jenama rantau Asia Tenggara lain seperti Thailand, Indonesia dan Singapura.

“Kami sedang mengenal pasti produk- produk berkualiti negara lain di rantau ini dalam usaha menawarkan lebih banyak pilihan untuk pelanggan yang rata- ratanya berusia 18 tahun ke atas,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya pada mulanya menyasarka­n untuk menjual 20- 30 jenama dan tidak menyangka ia mencecah 40 jenama sewaktu dilancarka­n pada Ogos lepas.

“Selain itu, kami turut menerima pembeli dari Australia dan negara Asia lain,” katanya.

Mengimbau penubuhan mySMINK, Diana berkata idea itu tercetus apabila mendapati tiada platform khusus untuk pengguna membeli produk kecantikan tempatan.

“Ada beberapa produk yang mempunyai bungkusan menarik namun mereka ( pengusaha) tiada tempat khusus untuk memasarkan produk berkenaan. Oleh itu, menerusi mySMINK, ia mampu mempromosi dan mendekatka­n produk itu dengan pengguna,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BAKAL BUKA STOR: Portal kecantikan yang memasarkan produk berjenama mySMINK, merancang mengembang­kan perniagaan termasuk membuka sebuah stor konsep di Lembah Klang menjelang akhir tahun ini. Platform mySMINK.com yang berusia dua bulan dan...
— Gambar Bernama BAKAL BUKA STOR: Portal kecantikan yang memasarkan produk berjenama mySMINK, merancang mengembang­kan perniagaan termasuk membuka sebuah stor konsep di Lembah Klang menjelang akhir tahun ini. Platform mySMINK.com yang berusia dua bulan dan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia