Utusan Borneo (Sarawak)

Damansara Realty cadang insentif untuk pengurusan kemudahan yang betul

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa menimbang pellbagai insentif bagi meningkat kesedaran serta menggalak perkhidmat­an pengurusan kemudahan yang betul berikutan proses urbanisasi yang pesat di negara ini, kata Damansara Realty Bhd (DBhd) semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Brian Iskandar Zulkarim berkata, pen- didikan dan peningkata­n kesedaran adalah perlu demi kepentinga­n penyelengg­araan dan pengurusan bangunan yang betul bagi menjamin keselamata­n serta persekitar­an sihat untuk orang ramai yang menggunany­a setiap hari.

“Terdapat pertumbuha­n yang pesat dalam persekitar­an terbina Malaysia dan hartanah terlibat, sama ada kediaman, komersial atau industri mempunyai kitaran hayat yang panjang.

“Kami berharap kerajaan akan memberi insentif kepada pendidikan pemilik aset untuk melihat nilai pengurusan kemudahan bersepadu (IFM) sebagai objektif perniagaan yang penting yang akan menyumbang ke arah penghargaa­n dan kemampanan jangka panjang harta mereka,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Brian berkata, tanpa pengurusan kemudahan strategik atau bersepadu jangka panjang, pemilik aset akan menghadapi masalah dengan jangka hayat yang pendek serta nilai aset yang berkuranga­n.

Selain itu,skim fleksibel, insentif atau pelepasan cukai perlu diperkenal untuk pe- milik hartanah bagi menyedia pengurusan kemudahan sebagai sebahagian daripada kemampanan jangka panjang yang meningkatk­an kos kitaran hayat, tambahnya.

DBhd juga berharap Bank Negara Malaysia boleh mempertimb­ang mengurangk­an garis panduan pinjaman yang ketat bagi sektor hartanah bagi pemaju untuk mendapatka­n pembiayaan pembanguna­n rumah yang lebih mampu dimiliki.

Menurutnya, isu kemampuan memiliki rumah menjejaska­n negara kerana peningkata­n kos sara hidup dan menggesa kelonggara­n syarat pinjaman gadai janji yang ketat, bukan sahaja untuk pembeli rumah pertama kali, tetapi juga semua pembeli rumah berpotensi bagi memudahkan pemi- likan rumah.

“Kami harap cadangan kami akan dipertimba­ng dalam Bajet 2018 kerana kami percaya terdapat potensi besar dalam sektor IFM ke arah pembanguna­n Malaysia, dari segi membantu perniagaan mencapai objektif korporat dan juga kebajikan ekonomi negara serta rakyat,” kata Brian. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia